Blog Archive

Jumaat, 8 Julai 2011

Mahasiswa dan Google Translate


Sebagai manahasiswa, apakah sahabat semua pernah menghadapi kesulitan dalam menterjemah bahasa? Pasti pernah bukan? 


Itulah yang saya hadapi sekarang. Memandangkan naik saja pertengahan semesta nanti saya akan berhadapan dengan beberapa paper lagi dan semuanya dalam bahasa arab, saya mula kewalahan untuk mencerna kata demi kata yang ada di dalam kitab.

Namun, bukanlah perjuang jika cepat mengalah. Dan di sinilah kita harus mengucapkan rasa syukur kerana dalam keburukan teknologi tanpa sempadan ini, masih ada kebaikan yang dapat dimanfaatkan. 

Google translate antara cara yang paling mudah untuk menterjemah perkataan-perkataan yang sukar difahami selain membuka kamus. hehe.. 

Memang, bagi seorang akademisi, menggunakan google translate sebanrnya agak meragukan. Namun, sedikit sebanyak ia turut membantu dalam menyelesaikan kekusutan dalam memahami perkataan. Saya baru selesai memahami 13 muka surat dari fiqh munakahat dan masih ada 53 muka surat lagi untuk di hadam. Doakan saya ya sahabat semua! Jazakumullah khoral jaza kerana membaca entry ini! 

Apapun! Khoibar khoibar ya yahudd! Wahai para yahudi! Ingatlah peristiwa khoibar! ;) 

Maas salamah!

Selasa, 5 Julai 2011

Min Huna Nabda' Wa Min Al Aqsa Naltaqy!

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh

Sengaja saya luangkan masa lebih di teratak sepi hari ini. ^_^

Saya baru lepas check traffic di blog, dan agak sedikit surprise kerana sejak kebelakangan ini ramai yang view entry lama dan antara entry paling favorite yang di view adalah > Jihad bukan cuma di Palestine kawan [Catatan hujung minggu]


Dan untuk hari ini saja, yang view untuk entry tersebut hampir 9 views. Memang tak ramai jika dibandingkan dengan blog lain, namun ia ramai jika menurut blog saya yang sepi ini. ^_^

Hmmm... Saya sebenarnya jarang ambil kisah mengenai statistik atau berapa orang yang view dan follow blog. Cuma saya agak tertanya-tanya, siapakah gerangan yang telah membaca entry ini. Mengapa ia dibaca berulang-ulang?

Di dalam entry tersebut sebenarnya saya ingin membawa para sahabat berfikir tentang keadaan saudara kita di seluruh belahan dunia. Ya, mungkin dari tajuk saya seperti kurang peduli keadaan di Palestine, namun hakikatnya bukan seperti itu. 

Saya ingin mengajak para sahabat sekalian agar membuka paradigma pemikiran kita dan tidak membatasi hubungan kita sesama Islam hanya dengan batas negara, namun lihatlah penderitaan saudara kita tanpa batas atau sempadan. Bukan Rasulullah bersabda bahawa seorang muslim dengan muslim yang ibarat satu tubuh?



Jika satu bahagian merasa sakit maka bahagian yang lain turut merasa sakit

Jika masalah jihad di Palestine saya yakin ramai diantara sahabat telah memahaminya. Insha Allah, dalam diri kita semua pasti terselit rasa ingin turut sama-sama merasakan penderitaan mereka di sana. Jika masih ada yang belum memahami masalah di Palestine maka bukalah pintu hati anda luas-luas dan lihat, di sana ada saudara kita yang terjajah di bumi sendiri. bahkan Ghazzah (Gaza) merupakan penjara terbesar bagi umat Islam di Palestine. Apakah masih ada yang tidak mahu ambil peduli? 



Selain dari entry Jihad ini, ada sebuah lagi entry yang menjadi pilihan iaitu Doa yang menyentuh hati

Doa yang menyentuh hati ini sebenarnya saya ambil dari sebuah cacatan teman di FB. Doanya sangat bertepatan dengan keadaan dan situasi saya saat itu. Walaupun doanya terselit doa untuk suami dan saya belum bersuami, tapi saya terharu dengan doanya kepada kedua ibu bapanya. Jadi saya catat dan copy ke dalam blog ini. Alhamdulillah, ramai yang membacanya dan saya juga berharap doa tersebut dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. ^_~ 

Jadi sahabat-sahabat sekalian, 


Anda yang membaca dan berhak untuk bersetuju atau menolak apa yang saya tulis. Tujuan untuk menyampaikan telah saya laksanakan dan kelak dihadapan Allah saya akan bersaksi bahawa saya telah menyampaikan yang haq. 


Insha Allah, perjuangan masih belum tamat, ia baru saja bermula. ^_~ Mungkin setelah ini akan ada entry-entry yang lebih menggugah jiwa dan perasaan yang ingin saya sampaikan dan kongsi bersama dengan anda. Doakan saya untuk istiqomah dengan dakwah ini. Min Huna Nabda' Wa Min Al Aqsa Naltaqy! Di sini kita bermula dan di al Aqsa kita bertemu! biiznillah! Insha Allah!

Maas Salamah!

Ahad, 3 Julai 2011

Don't Depent Too Much On Anyone :)

shadow 
Don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness. [Ibn Taymiyyah] -via Heliza Helmi FB

"Jangan terlalu bergantung kepada sesiapa di dunia kerana hatta bayangmu sendiri akan meninggalkan dirimu saat berada dalam kegelapan" [Ibn Taymiyyah] 


Academicians Banyak Main ^_^

Meja Sang Crafter
Alhamdulillah, now home sweet home. Cuti Seminggu. Di rumah banyak kelebihan yang tiada di asrama (kolej) jadi saya sangat bersyukur momen-momen saat berada di rumah ini. 

Baru beberapa menit tadi sebelum saya menulis entry ini, saya berborak panjang lebar dengan kakak tercinta. Sambil mata melilau tengok keadaan bilik kami yang comel, tiba-tiba tercetus dari mulut saya "kalau inah tengok-tengok lah, tatak ne bakal menjadi crafter *orang bergiat dalam kraf* dan inah akan akan jadi academicians..." Hehehe~ abaikan jika kami sangat percaya diri di sini. 

"That's why tatak nak awak habiskan belajar.... bla bla bla..." *saje saya tak nak sambung apa yang dia cakap. hehe. 

Kenapa saya boleh tersebut pasal crafter dan academicians ya? 
Meja Sang Academicians

Sebabnya saat saya melihat kearah meja kami, saya melihat gambaran diri kami. Ya, apa yang ada di atas meja anda itulah anda... 

Saya berharap, ya saya berharap... dengan izinNya, saya akan menjadi seorang academicians dalam bidang yang telah saya ceburi kini. Saya ingin berusaha keras, itu azam dan tekad saya. Meskipun jalan masih panjang, mungkin sahara perjuangan akan semakin sulit, ada ribut atau taufan yang datang, saya akan pastikan saya akan tetap tabah. 

Saya tahu orang-orang disekeliling saya pasti akan mendoakan saya. Doa kalian akan menguatkan jalan yang saya tempuh. Kita akan sama-sama berganding bahu mengembalikan kegemilangan Islam. Mengembalikan hak kita yang telah diambil secara paksa. Insha Allah! ^_^ Semoga kita bertemu di garis depan perjuangan. 


Maas Salamah!

Khamis, 30 Jun 2011

BERSIH

Rasulullah salallahualaihi wassalam menganjurkan BERSIH itu sebahagian dari iman. Bahkan BERSIH itu cantik dan Allah subhanahu wataala sukakan kecantikan.

BERSIH, melambangan bahawa seseorang itu mementingkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya. BERSIH adalah keperluan untuk menjadikan kehidupan lebih sehat. Jadi, jangan lupa untuk selalu memBERSIHkan diri dari segala sifat mazmumah.

Apapun dah BERSIH ke diri kita? :D Jangan anti BERSIH kawan, kerana tanpa kita minta pun, nanti Allah akan datangkan hari untuk memBERSIHkan diri kita iaitu di hari kiamat, di padang Mahsyar. ^_^

Jom fahami makna BERSIH yang sesungguhnya ~_^

*****
Hehe.. Saje buat entry kontrversi sikit. Takde maksud apa-apa, cuma berkaca dari realiti dan berpijak pada bumi yang nyata. Tidak terkait dengan mana-mana pasti politik atau mana-mana personal. Hanya luahan pribadi penulis.

 Wassalam!

Isnin, 27 Jun 2011

Akhlak Seorang Pejuang


Alhamdulillah ala kulli hal kerana saya, anda dan sahabat-sahabat semua masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah swt yang luas ini.

Kaefahalukum ya Ikhwanie wa akhowatie fillah?

Ikhwanie wa akhowatie yang saya cintai kerana Allah..

Sekian lama kita berbicara tentang perjuangan, namun jarang kita menyentuh tentang akhlak seorang pejuang. Kadang-kadang, kesibukkan kita kepada perkara yang besar membuatkan kita lupa kepada hal-hal yang kecil. MashaAllah...

Sahabat sekalian...

Innamal buistu li utammima makarimal akhlak... Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda baginda Rasulullah duhai sahabat-sahabat sekalian. Rasulullah, panutan kita, ikutan kita... Ramai yang mengaku mengikuti Rasulullah namun berapa ramaikah yang mencontohi baginda dalam perkara akhlak?

Sahabat...

Dalam melangkah di medan perjuangan, kita selalu bertemu dengan sahabat yang berbeza pendapat, berbeza jalan namun sejauh manakah kita menghormati perbezaan itu?

Saya tidak mengajak sahabat semua untuk menghormati perbezaan dalam hal aqidah. Dalam hal aqidah sudah jelas nas dan dalilnya bahawa tiada tolak ansur atau toleransi... Namun bagaimana dengan perbezaan dalam hal-hal ikhtilaf?

Dari Abu Ayyub Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak halal bagi muslim memutuskan persahabatan dengan saudaranya lebih dari tiga malam. Mereka bertemu, lalu seorang berpaling dan lainnya juga berpaling. Yang paling baik di antara keduanya ialah memulai mengucapkan salam. Muttafaq Alaihi.

Sangat menyedihkan ketika kita menghadapi perbezaan ini dengan caci maki, hinaan dan celaan seolah-olah perbezaan antara "kamu" dan "dia" adalah perbezaan yang sudah tidak dapat dicari titik tengahnya.


Sesungguhnya Allah membenci orang yang keji, yang berkata kotor dan membenci orang yang meminta-minta dengan memaksa. (AR. Ath-Thahawi)


Sahabat, dalam melaksanakan perjuangan, jalan kita boleh berbeza. Sebagai contoh, mungkin si A lebih cenderung kepada siasah yang dicontohi Rasulullah, dan si B cenderung kepada jihad. Lalu si C menyukai dakwah atau mengislahkan masyarakat. Bagi saya tiada yang salah dalam hal ini, selagi si A, B dan C tidak mensyirikkan Allah dengan selainNya.

Sahabat, Mengapa cenderung mencari perbezaan sedang kita boleh mencari persamaan? Apakah Rasulullah mengajar kita untuk memusuhi saudara kita yang berbeza pendapat dan hanya duduk dengan mereka yang sependapat dengan kita? Tidak... Rasulullah mengajarkan kita untuk saling nasihat menasihati, mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran. Jika kita ingin ke syurga, maka ajaklah bersama saudara, sahabat, rakan taulan agar sama-sama menuju jalan meraihnya.

Perbezaan ini boleh kita hadapi dengan berakhlak. Rasulullah tidak pernah menyamakan seseorang dengan binatang melainkan kepada bangsa yahudi. Lalu, jangan kita cela saudara kita dengan gelaran binatang. Rasulullah mempunyai akhlak yang paling halus dengan saudara seaqidahnya. Lihat bagaimana Rasulullah mengatasi masalah seorang arab baduwi yang telah mebuang air kecil di dalam masjid nabi. Baginda melarang sahabat untuk menyakiti lelaki tersebut, bahkan Rasulullah meminta diambilkan secebok air lalu dijirus pada tempat yang terkena najis lalu kemudian Rasulullah menasihati sang Arab Baduwi itu dengan lemah lembut.

Begitulah sahabat-sahabat... Akhlak seorang pejuang sejati. Akhlak seorang komado bahkan akhlak seorang pemimpin umat Islam hingga ke hari ini. Sudah sehebat mana perjuangan kita sehingga kita berani mencela? Perhatikan hadis di bawah ini.


Dari Abdullah Ibnu Amar Ibnu al-'Ash Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Termasuk dosa besar ialah seseorang memaki orang tuanya." Ada seseorang bertanya: Adakah seseorang akan memaki orang tuanya. Beliau bersabda: "Ya, ia memaki ayah orang lain, lalu orang lain itu memaki ayahnya dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang itu memaki ibunya." Muttafaq Alaihi.


Dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, kita harus ingat bahawa masih ada hak sesama muslim yang harus kita tunaikan.


Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (ertinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim.

Sudah cukup jelas apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada kita. Mulai sekarang mahukah kita memperbaiki akhlak kita? Ayyuhal Abthol... Wahai para pejuang.... Mari kita perbaiki apa yang masih kurang dalam diri kita. Mari kita saling nasihat menasihati, saling kasih mengasihani, saling ingat mengingati... Pejuang dengan akhlak yang mulia bukan saja dihormati teman malah disegani lawan.

Sebelum saya menutup bicara, mari kita baca sebuah hadis berkenaan dengan balasan dari Allah terhadap mereka yang suka mencaci-maki dan menuduh seseorang berbuat zina.


Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Nabi Saw lalu berkata, " Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku ialah (orang) yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, solat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu lalu dia menanti orang ini menuntut dan mengambil pahalanya (sebagai tebusan) dan orang itu mengambil pula pahalanya. Bila pahala-pahalanya habis sebelum selesai tuntutan dan ganti tebusan atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka." (HR. Muslim)


(gambar mujahid german, kiri: Abdul Ghofar Almani yang telah syahid di Afghanistan)



Selasa, 14 Jun 2011

Dakwah, Siyasah dan Kejayaan (Sebuah Perkongsian)



Sejak melemahnya kekhilafahan Turki Utsmani, kehidupan politik nyaris hilang dalam wacana pemikiran Islam dan da’wah. Umat disibukkan dengan perbedaan madzhab dan keragaman pemikiran di kalangan internal yang pada akhirnya memecah belah umat itu sendiri. Kehidupan berislam yang pada awalnya begitu lekat kaitannya dengan politik dan pemerintahan berganti dengan kehidupan yang penuh ritual dan sufisme. Di sisi lain, mereka yang disebut pembaharu dalam dunia Islam justru semakin menegaskan pemisahan antara siyasah dan da’wah. Dalam dunia Islam, yang paling berjasa dalam proses pencucian ini, hingga runtuhnya kekuasaan Islam adalah Kemal Pasha –semoga Allah melaknatnya-.

Pertengahan abad ke 20, seorang pembaharu melantangkan suaranya di Mesir. Dari satu kedai kopi ke kedai yang lain. Tumbuh dan besar di lingkungan orang-orang yang mengenal diin dengan baik, ia sempat bersentuhan dengan dunia sufisme. Namun, daya nalarnya pun menyangkal berbagai penyimpangan kaum sufi pada titik tertentu. Akhirnya, ia pun berkata dalam Risalah Ta’alim-nya,

“Islam adalah sistem yang menyeluruh, yang mencakup seluruh aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana juga ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih”.

Sebuah pernyataan yang terasa asing di kalangan ulama dan fuqaha, begitu pun di kalangan politikus dan orang awam.

Para ulama menganggap bahwa yang dimaksud dengan Islam adalah ibadah ritual dan kebersihan jiwa. Sedangkan para fuqaha memahami Islam dengan shalat, shaum, zakat, dan haji. Begitu pun dengan orang awam. Sedangkan para politikus beranggapan bahwa Islam dan siyasah merupakan dua kutub yang berbeda yang tidak mungkin bersatu selamanya.

Begitulah Syaikh Hasan Al Banna –semoga Allah merahmati dan mengampuni kesalahannya- berda’wah di tengah masyarakat muslim yang jauh dari nilai-nilai keislaman. Berbagai gerakan di lakukan. Berbagai ijtihad dikerahkan untuk mencapai sebuah simpulan dalam menghadapi kehidupan di abad ke 20.

Gerakan Islam yang dibangun Syaikh Hasan Al Banna terus tumbuh, hingga akhirnya sebuah
ijtihad siyasi dilakukan untuk mengirimkan beberapa utusan da’wah ke dalam Majelis Parlemen. Untuk apa..? Ya, untuk mengubah undang-undang dan merebut kekuasaan. Syaikh pernah berkata tentang kejanggalan undang-undang Mesir pada saat itu, Beliau menulis Risalah yang disampaikan pada Muktamar V Ikhwanul Muslimin:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer