Blog Archive

Memaparkan catatan dengan label Tarbiyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tarbiyah. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2011

Saat ramai manusia bertelagah, jamaah, kelompok, parti, persatuan... MEREKA tenang berLARI meraih REDHA ALLAH!


اللهم النصر الأخوننا الموجاهدين في كل ماكن و زمان
اللهم امييييننن

Ya Allah berilah kemenangan kepada para Mujahidin di setiap tempat dan waktu...
Allahumma amin...

Isnin, 27 Jun 2011

Akhlak Seorang Pejuang


Alhamdulillah ala kulli hal kerana saya, anda dan sahabat-sahabat semua masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah swt yang luas ini.

Kaefahalukum ya Ikhwanie wa akhowatie fillah?

Ikhwanie wa akhowatie yang saya cintai kerana Allah..

Sekian lama kita berbicara tentang perjuangan, namun jarang kita menyentuh tentang akhlak seorang pejuang. Kadang-kadang, kesibukkan kita kepada perkara yang besar membuatkan kita lupa kepada hal-hal yang kecil. MashaAllah...

Sahabat sekalian...

Innamal buistu li utammima makarimal akhlak... Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda baginda Rasulullah duhai sahabat-sahabat sekalian. Rasulullah, panutan kita, ikutan kita... Ramai yang mengaku mengikuti Rasulullah namun berapa ramaikah yang mencontohi baginda dalam perkara akhlak?

Sahabat...

Dalam melangkah di medan perjuangan, kita selalu bertemu dengan sahabat yang berbeza pendapat, berbeza jalan namun sejauh manakah kita menghormati perbezaan itu?

Saya tidak mengajak sahabat semua untuk menghormati perbezaan dalam hal aqidah. Dalam hal aqidah sudah jelas nas dan dalilnya bahawa tiada tolak ansur atau toleransi... Namun bagaimana dengan perbezaan dalam hal-hal ikhtilaf?

Dari Abu Ayyub Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak halal bagi muslim memutuskan persahabatan dengan saudaranya lebih dari tiga malam. Mereka bertemu, lalu seorang berpaling dan lainnya juga berpaling. Yang paling baik di antara keduanya ialah memulai mengucapkan salam. Muttafaq Alaihi.

Sangat menyedihkan ketika kita menghadapi perbezaan ini dengan caci maki, hinaan dan celaan seolah-olah perbezaan antara "kamu" dan "dia" adalah perbezaan yang sudah tidak dapat dicari titik tengahnya.


Sesungguhnya Allah membenci orang yang keji, yang berkata kotor dan membenci orang yang meminta-minta dengan memaksa. (AR. Ath-Thahawi)


Sahabat, dalam melaksanakan perjuangan, jalan kita boleh berbeza. Sebagai contoh, mungkin si A lebih cenderung kepada siasah yang dicontohi Rasulullah, dan si B cenderung kepada jihad. Lalu si C menyukai dakwah atau mengislahkan masyarakat. Bagi saya tiada yang salah dalam hal ini, selagi si A, B dan C tidak mensyirikkan Allah dengan selainNya.

Sahabat, Mengapa cenderung mencari perbezaan sedang kita boleh mencari persamaan? Apakah Rasulullah mengajar kita untuk memusuhi saudara kita yang berbeza pendapat dan hanya duduk dengan mereka yang sependapat dengan kita? Tidak... Rasulullah mengajarkan kita untuk saling nasihat menasihati, mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran. Jika kita ingin ke syurga, maka ajaklah bersama saudara, sahabat, rakan taulan agar sama-sama menuju jalan meraihnya.

Perbezaan ini boleh kita hadapi dengan berakhlak. Rasulullah tidak pernah menyamakan seseorang dengan binatang melainkan kepada bangsa yahudi. Lalu, jangan kita cela saudara kita dengan gelaran binatang. Rasulullah mempunyai akhlak yang paling halus dengan saudara seaqidahnya. Lihat bagaimana Rasulullah mengatasi masalah seorang arab baduwi yang telah mebuang air kecil di dalam masjid nabi. Baginda melarang sahabat untuk menyakiti lelaki tersebut, bahkan Rasulullah meminta diambilkan secebok air lalu dijirus pada tempat yang terkena najis lalu kemudian Rasulullah menasihati sang Arab Baduwi itu dengan lemah lembut.

Begitulah sahabat-sahabat... Akhlak seorang pejuang sejati. Akhlak seorang komado bahkan akhlak seorang pemimpin umat Islam hingga ke hari ini. Sudah sehebat mana perjuangan kita sehingga kita berani mencela? Perhatikan hadis di bawah ini.


Dari Abdullah Ibnu Amar Ibnu al-'Ash Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Termasuk dosa besar ialah seseorang memaki orang tuanya." Ada seseorang bertanya: Adakah seseorang akan memaki orang tuanya. Beliau bersabda: "Ya, ia memaki ayah orang lain, lalu orang lain itu memaki ayahnya dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang itu memaki ibunya." Muttafaq Alaihi.


Dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, kita harus ingat bahawa masih ada hak sesama muslim yang harus kita tunaikan.


Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (ertinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim.

Sudah cukup jelas apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada kita. Mulai sekarang mahukah kita memperbaiki akhlak kita? Ayyuhal Abthol... Wahai para pejuang.... Mari kita perbaiki apa yang masih kurang dalam diri kita. Mari kita saling nasihat menasihati, saling kasih mengasihani, saling ingat mengingati... Pejuang dengan akhlak yang mulia bukan saja dihormati teman malah disegani lawan.

Sebelum saya menutup bicara, mari kita baca sebuah hadis berkenaan dengan balasan dari Allah terhadap mereka yang suka mencaci-maki dan menuduh seseorang berbuat zina.


Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Nabi Saw lalu berkata, " Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku ialah (orang) yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, solat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu lalu dia menanti orang ini menuntut dan mengambil pahalanya (sebagai tebusan) dan orang itu mengambil pula pahalanya. Bila pahala-pahalanya habis sebelum selesai tuntutan dan ganti tebusan atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka." (HR. Muslim)


(gambar mujahid german, kiri: Abdul Ghofar Almani yang telah syahid di Afghanistan)



Ahad, 29 Mei 2011

Hati-hati, Mungkin Kita Penyebab Fitnah!

Semenjak dua menjak ne,banyak betul fitnah yang terjadi terhadap umat Islam. Entah kenapa dan mengapa, fitnah yang melanda semakin hari semakin keras dan dahsyat. Tak terfikirkah kita bahawa fitnah yang muncul itu akan melemahkan lagi kesatuan dan perpaduan di kalangan ummah ini?

Sini cek nak habaq!

Terlalu banyak sebenarnya perkara yang menjadi sumber fitnah bagi Islam. Kita sendiri sebenarnya boleh menjadi sumber fitnah tersebut. *cik Sakinah.... tolong bagi contoh!* ha... mcm ne contohnya.

Situasi pertama:

Sebagai seorang Muslimah, kita dianjurkan untuk menutup aurat. Namun apa yang terjadi di masa kini, ramai yang "membalut" aurat daripada menutup aurat. Bukankah itu fitnah? bukankah kita sebagai muslimah sudah sering mendengar bahawa wanita adalah fitnah dunia? kecantikan yang ada pada diri seorang wanita itu boleh menyebabkan seorang perdana menteri menjadi hamba dan seorang jenderal menjadi tawanan.

Situasi kedua:

Sebagai seorang pelajar, kita diamanahkan untuk belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin. Sudahlah kita diamanahkan untuk menjadi pelajar, kita *dikatakan* pula sebagai pejuang kerana membawa dan mengemban amanah sebagai pejuang *dengan pena*. Jadi bukankah setiap tindak tanduk kita menjadi perhatian orang. Bahkan jika ada sedikit kesalahan *yang tidak disengajakan* dilakukan oleh insan-insan ini maka orang *ramai* akan berkata, "Ha... tulah dia, berjuang untuk Islam konon, diri pun tak terurus!" Dush! bukankah di sini kita dah menjadi fitnah untuk Islam.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi contoh dan ana tak dapatlah nak menyatakan semua. Apa yang ana tulis ni sebenarnya merupakan pengalaman pribadi dan peringatan untuk diri sendiri. Betapa susahnya menjadi seorang yang ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup, Namun apakah dengan kesusahan itu lantas kita tinggalkan saja Islam dan memilih gaya hidup lain yang lebih heboh dan hendonis? NO NO NO!

Islam itu sebenarnya tidak pernah memberatkan umatnya, namun kitalah yang sering menjadikan ia berat. Perhatikan apa yang telah di firmankan oleh Allah swt di dalam al Quran, dan apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah di dalam sunnahnya. Islam dengan begitu indah mengatur kehidupan manusia *sesuai dengan fitrah kita* namun manusialah yang seringkali ingin lari dari fitrah, Naudzubillah!

Mari sahabat-sahabat, rakan taulan semua....

Mari kita susun kembali hidup kita mengikut irama Sunnnahtullah. Bukan dengan nafsu atau keinginan hati semata-mata. Mari cek, apalagi yang kurang dalam diri kita yang perlu dan harus kita perbaiki.

:) Jangan biarkan hidup anda diselubungi FITNAH (: Sekian dulu! Maas Salamah!

Rabu, 9 Mac 2011

Jihad In The Quran

Jihad In The Quran

The subject of Jihad has been discussed with particular emphasis and in considerable detail in the Quraan. There is consensus of opinion amongst researchers of the Quraan, that no other particular action has been stated in such great detail as Jihad. Allah has revealed many Surah (chapters) in the Quraan primarily to guide the believers towards this path. The subject of Jihad has been expressed in many diifferent ways, in numerous verses of the Quraan. The verses explain in detail the clear objectives and benefits of Jihad. The status of the Mujahid is honoured in the Quraan and there are many verses which warns of the dangers of leaving Jihad. There is such great emphasis of this subject, that some commentators and scholars of the Quraan have remarked that the topic of the Quraan is Jihad. The terminology of Jihad-Fi-Sabilillah, which means Jihad in the Path of Allah, has been used in the Quraan twenty-six times and the specific word, Qitaal (Fighting), used in the context of fighting in the Path of Allah, is mentioned in the Quraan seventy-nine times. There are whole Surah in the Quraan, which have been revealed, explaining the ruling and virtues of Jihad and admonishing those leaving Jihad; such as Surah Anfaal consisting of ten Rukuhs (also known as Surah Badr) and Surah Bara`ah, which consists of sixteen Rukuhs. The Surah Baqarah, Nisa and Ma,idah have large sections on the topic of Jihad and in Surah Hadeed, the weapons of Jihad is detailed. There are Surah which are named after battles, such as, Surah Ahzaab (trenches), Qitaal (fighting), Fath (victory) and Saff (rows). The title of these Surah clearly illustrates the subject matter of Jihad. In Surah `Adiyaat an oath has been taken on the horses of the Mujahideen and further in Surah Nasr, worldwide revolution and the spreading of Islam has been mentioned through Jihad. The truth is that a Muslim who reads the Quraan with devotion is determined to reach the battlefield in order to attain the reality of Jihad. It is solely for this reason that the Kuffar conspire to keep the Muslims far away from understanding the Quraan, knowing that Muslims who understand the Quraan; will not distance themselves from Jihad.
Jihad in the Ahadith:

Jihad In The Ahadis

Allah Subhanahu-wa-Ta`ala commanded His Beloved Prophet Muhammad Salallahu-alaihiwasallam to fight and to urge the believers to fight. The Holy Prophet Salallahu-alaihiwasallam fulfilled both of these duties completely. For this reason there are thousands of Ahadith of the Prophet Salallahu-alaihiwasallam regarding Jihad. The Muhaditheen (experts in the field of Hadith) have compiled the sayings and actions of the Prophet Salallahu-alaihiwasallam relating to Jihad. To develop a better understanding of this subject is by studying these collections, which clearly give evidence to the importance of Jihad. Listed below are chapters of Jihad in various Hadith books, this will enable the reader to gain easy access on the subject of Jihad.

• Sahih Bukhari Consists of 241 chapters under the title of Jihad (p390-454, vol.1), English version (p34-275, vol.4).

• Sahih Muslim Consists of 100 chapters under the title of Jihad (p81-144, vol.2), English version (p942-1063, vol.3).

• Tirmizi Sharif Consists of 115 chapters under the title of Jihad (p282-302, vol.1), no English version.

• Abu Dawood Sharif Consists of 172 chapters under the title of Jihad (p342-362, vol.2), English version (p684-776, vol.11).

• Nasai Sharif Consists of 48 chapters under the title of Jihad, (p53-66, vol.2)

• Ibne Majah Sharif Consists of 46 chapters under the title of Jihad, (p197-207). No English version.

• Mishkat The chapter of Jihad (p329-355, vol.1), English version (p806-867, vol.1).

• At Targheeb Wat Tarheeb The chapter of Jihad (p365-455, vol.2).

• Musan'naf ibne Abi Shayba The chapter of Jihad (p212-542).

• Sunani Kubra Baihaqi The chapter of Jihad (p1-183, vol.9).

• Khanzul Ummal The chapter of Jihad (p276-637, vol.4).

• E`ela-us Sunan The chapter of Jihad (p1-674, vol.12).

• Fathul Qadeer The chapter of Jihad (p183-333, vol.5).

• Al-Bahr ur Ra,iq The chapter of Jihad (p70-142, vol.5).

• Fatawa Shami The chapter of Jihad (p119-268, vol.4).

Books written on Jihad Due to the importance of Jihad and the high status attributed to it, almost all the books on Hadith and Fiqh (jurisprudence) devote considerable coverage of this subject, consisting of long chapters and hundreds of pages written on the rulings and virtues of Jihad. Some renowned scholars have condensed this vast information and books have been written specifically on Jihad. Listed below are some of these books.

• Abu Sulaiman Dawood bin Ali Dawood Al-Asfahani At-Tahiri. Died 270 Hijri.

• Ahmad bin Amar bin Sahaq As-Shaybani Abu Bakr also known as Ibne Asim. Died 287 Hijri.

• Abu Sulaiman bin Nazeer Al-Qurtubi Al-Maliki. Died 318 Hijri.

• Ibrahim bin Hammal bin Ishaq Al-Azdi Al-Maliki. Died 323 Hijri. • Abu Sulaiman Ham bin Muhammad Al-Katabi. Died 388 Hijri.

• Abu Bakr Muhammad bin At-Tayyab Al-Baqilani. Died 403 Hijri.

• Takiyudeen Abdul Gani Bin Abdul Wahid Bin Ali Al-Jamaily Al-Maqdasi. Died 600 Hijri. The name of his book is Tuhfutut Talibeen Fil Jihad Wal Mujahideen.

• Abu Muhammad Kasim Bin Ali Bin Hasan Bin Hibatullah, known as Ibne Asakir. Died 600 Hijri.

• Izzudeen Ali Bin Muhammad Al-Jazari, known by the name of Ibne Ashir. Died 630 Hijri.

• Bahaudeen Abul Mahasin Yusuf Bin Rafe, known by the name of Ibne Shadad Al-Marsau Al-Habali. Died 632 Hijri.

• Abu Muhammad Izzudeen Abdul Aziz Bim Sallam Assolamy. Died 660 Hijri. The name of his book is Ahkamul Jihad Wa Fazailoho.

• Ammadudeen Ismael Bin Umar, famous by the name of Ibne Kathir Al-hafiz Ad-Dimashqi. Died 774 Hijri. The name of his book is Al-Ijtihad Fi Talabil Jihad. • Ali Bin Mustafa Alaudeen Al-Bosnawy Ar-Romy Al-Hanafi, famous by the name of Ali Dada. Died 1007 Hijri.

• Hishamudeen Khalil Al-Barsawy Ar-Romy. Died 1072 Hijri. (Extracted from the introduction of Kitabul Jihad Ibne Mubarak, written by Doctor Anzaha Hammad).

One of the most important books written on the topic of Jihad is by Imam Abu Abdur Rahman Abdullah Bin Mubarak Al-Mirwazi Alhansal by the name of Kitabul Jihad. This renowned scholar and Mujahid had written this book in a profound and unique style and the contents are widely accepted and endorsed by other scholars. The following books have been written comparatively recently:-

• Ayatul Jihad Fil Quranil Karim. Written by Dr. Kamil Silaka Addakas.

• Kitabul Atharil Harb Fil Fiqhil Islami. Written by Dr. Dahba Zahely.

The outstanding work done in our era on the topic of Jihad is by Shaheed Abdullah Azzam and this is his good fortune. It appears Allah has chosen this person for the revival of this forgotten obligation. The hundreds of writings and speeches of Abdullah Azzam have created a new soul in the Muslim Ummah. The work of Dr. Abdullah Azzam is a new chapter in the books of history. His writings and speeches are derived from good knowledge and faith and create a desire for Shahadah. All Muslims should benefit from the books of this great scholar and writer, Shaheed Abdullah Azzam. Many others have written short pamphlets and forty hadiths upon the topic of Jihad such as Mufti Shafi (grand Mufti of Pakistan), Moulana Ashiq Ilahi Buland Shehri, Moulana Abdus Samad Sayal to name a few. Recently the Darul Kutub Al-Arabiya, in Peshawar has published, 'Arbauna Hadithan Fi Fadil Jihad' researched by Sheikh Marzook Ali Ibrahim.

_______________________________________________________

Insha Allah nanti akan di posting pembahasan di dalam bahasa Melayu, Biiznillah.

Khamis, 17 Februari 2011

Menyeimbangkan Dakwah & Akademik (Sebuah Perkongsian)

Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[Q.S. Ali ‘Imran, 3 : 110]
REALITI DA’I

Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar atau mahasiswa merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan mahasiswa ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.
Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam berusrah. Hujung minggu tidak pernah lekat di kampus, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai pointer minimal. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan, masyarakat kampus mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan,
“Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,”
Ada juga yang mengatakan,
“Itulah kau, kenapa soleh sangat?”
Dan bermacam-macam kata-kata yang 'memanaskan' telinga yang boleh didengari.
Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah akademik dan kuliah? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. [Q.S. Al-Qasas, 28 : 77]
Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini, Insya-Allah.
DAKWAH MAPAN AKADEMIK PERKASA

Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.
Pengurusan Masa

“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata pujangga ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah menangguh.
Menangguh Kerja

Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti usrah, seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan kuliah hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan.
Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.” Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.
Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi kuliah, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan.
Mulakan dengan dewan kuliah. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh pensyarah. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap kuliah yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan pensyarah dan bertanya. Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kuliah yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa pensyarah, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan.
Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh pensyarah. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebih daripada 30 minit.
Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji

Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Q.S. Al-Hasyr, 59 : 18]
Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.
Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.
Semangat Berusaha

Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Q.S. Hud, 11 : 112]
Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.
Membayangkan Apa yang Akan Dicapai

Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah.
Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlaq dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.
Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi

Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya.
Antara kata-kata yang disarankan ialah:

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Q.S. Al-Baqarah, 2 : 233]
Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
[Q.S. Al-Mu’minun, 23 : 1-3]

Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). “Campus life is all about dakwah and study. There’s no time to be wasted!” Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Q.S. Muhammad, 47 : 7]
Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.
Kesimpulan : BERUSAHALAH WAHAI PARA DA’I
Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Q.S. Al-Ankabut, 29 : 69]

source: dikutip dari artikel facebook. :)

Selasa, 21 Disember 2010

Prajurit Subuh

Hari ini masuk hari ke 2saya menjalankan gerakan "Prajurit subuh" di rumah tercinta @ hostel. Sebenarnya sudah lama saya niatkan untuk menjalankan misi ini. Khusus buat ahli rumah saya di kampus kerana saya belum mampu untuk mengejutkan seluruh hostel :D

Alhamdulillah, setiap kali saya ketuk pintu bilik masing-masing, semuanya merespon dengan baik. Kami serumah sudah seperti 1 keluarga dengan pelbagai karekter. Yang pasti, senyuman adalah hadiah yang menyegarkan ketika membangunkan para "adik dan kakak" dari tidurnya.

Tak sulit nak membangunkan mereka, mungkin kerana mahasiswa yang sudah terbiasa dengan jam tidur yang tidak menentu maka kebanyakkan ahli rumah saya adalah insan-insan yang sensetif.

Kenapa misi ini saya gelarkan sebagai misi "Prajurit Subuh"?


Pasti anda semua masih ingat akan kata-kata seoran yahudi "Kami hanya akan takut jika umat Islam solat subuh berjemaah seperti mereka mengerjakan solat Jumaat"

Hmm... di sinilah seharusnya kita mula mengatur strategi. Dari seawal 5.54 pagi. Ketika semua manusia berada dalam keadaan lengah dan tidak memikirkan apa-apa. Seorang pejuang seharusnya menjadikan waktu ini sebagai "prime time" untuk memulakan aktiviti, bergerak dan berjuang.

Waktu Fajar

Allah SWT juga menjanjikan pertolongan bagi mereka yang memohon kepada Allah sehingga tiba waktu subuh! Ini termaktub seperti hadis qudsi di bawah.

Apabila tersisa sepertiga dari malam hari Allah 'Azza wajalla turun ke langit bumi dan berfirman : "Adakah orang yang berdo'a kepadaKu akan Kukabulkan? Adakah orang yang beristighfar kepada-Ku akan Kuampuni dosa- dosanya? Adakah orang yang mohon rezeki kepada-Ku akan Kuberinya rezeki? Adakah orang yang mohon dibebaskan dari kesulitan yang dialaminya akan Kuatasi kesulitan-kesulitannya?" Yang demikian (berlaku) sampai tiba waktu fajar . (HR. Ahmad)

Bahkan Allah SWt menjanjikan syurga bagi siapa saja yang solat pada 2 waktu dingin iaitu subuh dan asar.

Abu Musa mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang shalat pada dua waktu dingin (subuh dan ashar), maka ia masuk surga."

Tahukan anda apa yang dikatakan oleh Abdullah ibn Umar tentang nilai seorang manusia?


"Dahulu, apabila kami tidak menemukan seseorang itu dalam solat subuh dan Isya' maka kami akan memberikan penilaian buruk kepadanya!"


Tidakkah perkataan ini menggentarkan hati anda? lihatlah kondisi anda saat subuh menjelang, ketika fajar merekah, saat keberkahan langit ditebar dan ketika para malaikat Allah menyebiutkan para hamba di hadapan Rabbnya!



Jumaat, 19 November 2010

Avoid Zina


Once upon the time... ecehh... speaking pulak hari ni. Setelah sekian lama tidak menulis dengan idea sendiri dalam blog ini, akhirnya hari ini saya kembali menarikan jari-jemari menumpahkan idea yang melimpah ruah ke dalam ruangan mungil ini.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ingin saya tulis, lakar dan coret buat tatapan sahabat-sahabat semua. Tapi entah kenapa semuanya saya pendam dalam hati dan fikiran. Tapi kali ini, saya tidak akan menyimpannya lagi kerana saya merasakan sudah sampai waktunya saya menyampaikan secara terbuka segala buah fikiran saya. Terpulang kepada yang mahu mengkritik dan menolak, saya tak kisah. Yang penting di akhirat kelak saya tidak di hukum oleh Allah SWT kerana telah menyembunyikan ilmu.



Just nak story satu cerita. Waktu saya duduk tunggu train di KL centrel. Tiba-tiba pandangan mata saya terjentik oleh gelagat sepasang "anak manusia" yang sedang duduk berdempet-dempetan (dekat-dekat). Hmm... mata saya mula panas, hati saya berdebar dan saya menggengam-genggam jari-jemari. Perih melihat maksiat depan mata. Sang kumbang makin lama makin berani, sang bunga pula merelakan diri. a
uwhhh!! saya benci! Lalu saya berbisik ke teman saya yang duduk di sebelah.

"Kalau saya ada lastik, sekarang juga saya lastik jantan tu!"

Panasss... Bukan panas sebab apa. Tiba-tiba saya rasa tempias api neraka mengena diri saya. Saya ingat kata lecturer saya beberapa hari sebelum cuti raya.

"Kamu kalau melihat perkara mungkar tapi kamu tidak tegur maka kamu akan kena tempiasnnya sekali!" arghhhh!!

Lemahnya iman saya saat itu... T.T saya tak mampu untuk bangun dan menegur pasangan tersebut. Saya hanya mampu berdoa, iaitu manusia yang mempunyai selemah-lemah iman.

Tahukan anda... Wahai anak muda... Zina itu perbuatan yang haram di sisi agama, lalu kenapa masih mendekatinya!!

Perbuatan dosa mengakibatkan sial terhadap orang yang bukan pelakunya. Kalau dia mencelanya maka bisa terkena ujian (cobaan). Kalau menggunjingnya (mengejeknya) dia berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya. (HR. Ad-Dailami)

Jangan bercakap tentang hukum manusia kerana manusia tiada yang abadi! Lets talk about syariah!

Hukuman bagi Zina

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al Isra' ayat 32)


Dicambuk

Dari Ubadah Ibnu al-Shomit bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ambillah (hukum) dariku. Ambillah (hukum) dariku. Allah telah membuat jalan untuk mereka (para pezina). Jejaka berzina dengan gadis hukumannya seratus cambukan dan diasingkan setahun. Duda berzina dengan janda hukumannya seratus cambukan dan dirajam." Riwayat Muslim.
Dirajam

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Ada seorang dari kaum muslimin menemui Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau sedang berada di masjid. Ia menyeru beliau dan berkata: wahai Rasulullah, sungguh aku telah berzina. Beliau berpaling darinya dan orang itu berputar menghadap wajah beliau, lalu berkata: Wahai Rasulullah, sungguh aku telah berzina. Beliau memalingkan muka lagi, hingga orang itu mengulangi ucapannya empat kali. Setelah ia bersaksi dengan kesalahannya sendiri empat kali, Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memanggilnya dan bersabda: "Apakah engkau gila?". Ia menjawab: Tidak. Beliau bertanya: "Apakah engkau sudah kawin?". Ia menjawab: Ya. Lalu Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "bawalah dia dan rajamlah." Muttafaq Alaihi.

Dari Umar Ibnu al-Khaththab Radliyallaahu 'anhu bahwa ia berkhutbah sambil berkata: Sesungguhnya Allah mengutus Muhammad dengan (membawa) kebenaran dan menurunkan Kitab kepadanya. Di antara yang Allah turunkan kepadanya adalah ayat tentang rajam. Kita membacanya, menyadarinya, dan memahaminya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melakukan rajam dan kita pun setelah itu melakukannya. Aku khawatir jika masa yang panjang telah terlewati manusia ada orang yang akan berkata: Kami tidak menemukan hukum rajam dalam Kitab Allah. Lalu mereka sesat dengan meninggalkan suatu kewajiban yang diturunkan Allah. Dan sesungguhnya tajam itu benar-benar ada dalam Kitab Allah, yang ditimpakan pada orang yang berzina jika ia telah kawin, baik laki-laki maupun perempuan, terdapat bukti, atau hamil, atau dengan pengakuan. Muttafaq Alaihi.

Di dalam kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam karangan Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Ashqolani saja meletakkan lebih kurang 52 hadis berkenaan dengan hukam bagi penzina.

Ayyuhal Syabab... Wa Fathayat...

Ngeri... Ngeri... azab Allah, Jangan cuba menantang Allah dengan perbuatan keji dan mungkar. Islam tidak melarang berkasih sayang, Islam itu agama Rahmat. Sudah jelas petunjuk dalam al quran apa yang perlu dilakukan jika kita sudah merasa mampu untuk menebar pesona "ehem" buat orang lain. Jika mampu maka nikahlah, jika belum maka puasa dan jaga pandangan.

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud r.a:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)

Jadilah sebaik-baik manusia dengan mencontohi manusia terbaik dalam Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Ingat bahawa kehidupan kita masih ada selepas kematian kelak iaitu kehidupan di Akhirat! Ngeri... Ngeri... jika kita dicampak ke neraka. Naudzubillah! Mari berdoa agar Allah SWt menempatkan kita dalam golongan pemuda dan pemudi yang sabar... yang dapat menjalankan syariat sepertimana Umar bin Khattab, Ali bin Abi tholib, Zaid bin Hartish, Fatimah binti Rasulullah, Siti Aisyah Binti Abu Bakar seperti sahabat, tabiin serta tabiut-tabiin yang lain yang telah dinobatkan sebagai generai terbaik! Allahu Akbar!

~Debu Di Kaki Musafir~

Sabtu, 30 Oktober 2010

Selamat Bersusah Payah


Assalamualaykum...

Kaef halukum? Ana bil khoir alhamdulillah. Singgah sejenak diteratak maya ini untuk menmpahkan idea. :) Rindu ana kepada para sahabat di sini, yang follower atau yang silent reader ;)

Ana cuma ingin berkongsi sedikit pandangan (opinion) di sini. Sewaktu ana ziarah ke blog sahabat-sahabat, ana lihat banyak gambar-gambar yang membangkitkan semangat. Sekarang orang dah tak segan nak letak gambar bendera tauhid, gambar osama bin laden (tokoh jihad abad ini) gambar pejuang Palestin... Melaungkan perjuangan tauhid dan aqidah, memperkenalkan kepada dunia Islam Rahmatan Lil Alamin... ALHAMDULILLAH! ALLAHU AKBAR! ana BERSYUKUR!

TAHUKAH ANDA?


* Jika kita tidak mahu bergerak berjuang untuk agama, AKAN ADA insan-insan yang SANGAT peka dan sangat MAHU berjuang untuk menengakkan Islam! Mereka tidak akan menunggu kita! Jika kita lambat maka akan diTINGGALKAN!

*Jangan kita kira, peluh kita yang setitis untuk agama Allah akan dipuji dan disanjung orang! Lebih banyak pejuang agama yang dihina dan dicemuh kerana berani mengangkat panji Tauhid dari dipuji dan dipuja! Jadi kita merasa tidak siap dengan itu semua maka siap-siaplah untuk ditinggalkan KHAFILAH ini.

* Bersedialan untuk memerah FIKIRAN DAN TENAGA anda untuk ISLAM atau anda akan jadi manusia yang gagal selamanya (dalam meraih jannah!)

------------------------------------------------------------

Anda mahu menjadi manusia seperti apa adalah pilihan anda! Anda mahu jadi manusia yang berjaya didunia sahaja itu juga pilihan anda! tapi manusia terbaik adalah manusia yang berjaya di dunia juga akhirat! :) Anda takut untuk berkata tentang JIHAD? ISLAM? DAKWAH? maka akan ada manusia lain yang siap untuk mencurahkan segala kemampuannya demi Islam! So... Pilihlah jalan terbaik dalam hidup anda. Selamat bersusah payah demi ISLAM! :)

Sabtu, 16 Oktober 2010

Memberi tanpa minta di balas



Semalam saya jalan-jalan di MPH *****. Cari beberapa buah buku untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah, setelah 1 jam akhirnya saya membawa balik 4 buah buku baru.


1. Aku, Buku Dan Cinta -Dr. Aidh' al Qarni
2. Aku Terima Nikahnya - Hasrizal Abdul Jamil
3. Travelog Syahadah - Muhammad Rashidi Abdullah
4. Ensiklopedia Tafsir Mimpi (Terjemahan) - Muhammad Ibnu Sirrin
------------------------------------------------------------------------------------

Buku-buku ini baru saya belek satu-persatu. Ada yang saya baca sekali imbas. Ada diantaranya dah lama saya cari seperti Tafsir Mimpi Ibnu Sirrin. 3 buah buku lagi saya beli untuk dijadikan rujukan dalam penulisan. Ada yang bertanya "beli pakai duit company ke?" hehehe, tak... beli pakai duit sendiri... Lagipun ini untuk pelaburan akhirat, kenapa nak kedekut. :)

Buku-buku ini akan menjadi teman tidur saya untuk beberapa bulan kedepan. Insha Allah. Belum sampai 24 jam "mereka" menjadi teman saya, saya telah memperolehi 1 pelajaran yang sangat berharga...

MEMBERI TANPA MINTA DI BALAS...


Harus kita akui, kita memberi dengan mengharapkan balasan dan imbalan. Kita memberi agar dilihat manusia. kita memberi dengan harapan 1 hari nanti pemberian kita akan dibalas. Tetapi, fahamkan kita erti MEMBERI?
Ops, jangan salah sangka dulu... Jangan menilai buku melalui kulitnya :) Walaupun buku diatas "expose" tentang nikah intinya lebih kepada pelajaran tentang kehidupan.

Saya tertarik dengan kata-kata diatasnya "Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tiada berkesudahan"

Saya suggest buku ini untuk jadi bahan bacaan dan rujukan kepada remaja dan dewasa sekalian. Tak rugi "berguru" dengan buku ini. Secara jujur saya katakan, buku ini telah memecahkan banyak persoalan yang bermain di minda saya tentang jodoh dan kehidupan. Kata orang 22 tu usia yang masih muda. Iya, masih muda dan masih banyak garam yang harus saya makan. Namun, muda atau tua itu bukan terletak pada nombor usia, tetapi pada kematangan diri.

So nak tau apa maknannya MEMBERI TANPA MINTA DIBALAS? cekidot this book! :) Ada yang berminat dan nak pesan melalui saya? hehe... Oya, ini blog penulisnya. Ust. Hasrizal. Tunggu review saya untuk 3 buku yang lain ;) Insha Allah, biiznillah.


Isnin, 11 Oktober 2010

Ambil atau Tinggalkan! *Surat untuk En. Facebook*


Assalamualaikum warga maya.

Syukran atas ziarah kalian ke teratak musafir. :) Hari ini tiada yang menarik untuk dibicarakan. Semalam kita di meriahkan *orang-orang tertentu* dengan pernikahan angkasawan negara, Dato' Syeikh Muzaffar syukor, alhamdulillah... perkenalan selama 8 tahun berakhir *bermula* di singgahsana nan indah bak kayangan. Kalau kata lagu Maher Zain *Barakhallahu lakum* :) - Ini sebenarnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah untuk diucapkan oleh tetamu kepada pengantin.

Cuti semester saya hampir berakhir, hmmm~ Lepas ne masuk kampus dan struggle sebagai seorang pelajar. Insha Allah.

Dan malam tadi juga saya membuat satu keputusan, saya telah cerai talak 1 dengan En.Facebook. Memang agak sedih, tapi inilah keputusan terbaik yang harus saya lakukan.

Setelah hampir 3 tahun saya berkenalan dengan En.Facebook, pelbagai peristiwa suka duka yang saya alami. Jatuh bangun, sepak terjang semuanya saya rasakan. Namun, bak kata orang ne, bila dah tak cocok, maka tak dapat lagi dah nak diteruskan.

Saya kecewa dengan sikap En.Facebook sejak akhir-akhir ini. Namun *tadi petang* saya disedarkan bahawa setiap suatu masalah yang kita hadapi sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri... Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menyalahkan En.Facebook dalam hal ini, tetapi menyalahkan diri sendiri. Alasannya? biarlah saya simpan sendiri, ini rahsia pribadi.

Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En.Facebook. Selama kita bersama mungkin ada kenangan manis yang pernah kita lalui bersama. Tapi, ketahuilah En.Facebook, tempat anda telah digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga. Saya ingin mencontohi cara bersilaturahim yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, saya tidak mahu hanya melihat di screen komputer. Saya juga ingin meluahkan perasaan sayang, cinta, kritikan, saranan, motivasi dan *benci* langsung kepada orang-orang disekitar saya tanpa menjadikan KAMU sebagai perantara.

En.Facebook, katakan kepada bapak kamu itu *En. Mark Zulkerburg* bahawa beliau telah berjaya membuatkan sebagian manusia melupakan Tuhannya dan bertuhankan beliau. Naudzubillah! *macam firaun pulak*

Okeylah, kalau kita berjumpa lagi, tegur-tegur lah saya, saya mungkin akan melupakan kamu tetapi jasa baik kamu memperkenalkan saya kepada *dakwah, jihad* tidak akan saya lupakan. Sekian dari saya.

-Isteri kamu yang menceraikan diri sendiri kerana bertemu cinta sejati-

Inilah wajah En.Facebook, barangsiapa berjumpa dengannya maka berhati-hatilah kerana mukanya yang *bermuka-muka* membuatkan anda mudah terpikat dengannya.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Tips dan Trik Nak Jadi Pengguna Internet Yang Matang!


Wahai Pengguna Internet, Jom Jadi Matang!

Sedar tak sedar internet banyak bagi pengaruh dalam kehidupan kan? Sedikit sebanyak ia dapat mencerminkan matang atau tidaknya seseorang itu…

Menurut pendapat “Ilmuan” sekalian, bagaimana takrif seorang pengguna internet yang matang?

Internet merupakan ujian bagi kita > ini kata umi saya. Ye lah… bila ada internet, kita asyik nak ngadap kompi dan leppi 24 hours per 7. Ha! Matang ke tak tu? Sampai berpinar bijik mata.

Internet juga merupakan senjata. Kalian tau kan, senjata kalau di gunakan kearah yang bermanfaat (mencari perdamaian, membela diri dan sebagainya) maka ia akan memberi kebaikan dalam kehidupan. TAPIIIII…. Senjata kalau di salah gunakan, ia akan mendatangkan bencana dan musibah.

Penggunaannya juga haruslah dengan ilmu. Sebab apa nak pakai internet pun kena ada ilmu?? Sebab… bila ada ilmu maka kita tahu apa “kegunaan” dan setakat mana “limit” penggunaan baginya. Pentingggg sangat untuk kita mengetahui cara menjadi pengguna internet yang matang. :)

Hmmm… saya pun masih belajar, bagaimana nak jadi pengguna internet yang matang ne. Ohya, Kalian jangan hairan dan merasa aneh, kalau kes pembuangan bayi banyak berlaku *apasal tiba-tiba kes pembuangan bayi neee?* :D

Tahu tak, *ne nak bagi tau!* hampir 90% bahan dalam jaringan lebar ini ada unsur-unsur pornoaksi dan pornografi!! Haaa… Kalian sendiri tahulah… sebagai pengguna, bila lihat gambar2 yang terjojol sana, terbuka sini, terdedah dari atas sampai bawah, dari manusia sampai kartun, semuanya dah tak nak pakai baju! Macam manalahhhhhhh………. Kejadian gejala social tak meningkat. Ini juga merupakan efek dari penggunaan *dan pembuatan isi kandungan* internet yang tidak matang!

Hmmm… Oh sudahlah, so macam mana cara nak atasi semua ni? Boringlah asyik teori jeeee…. Nak praktikal pulak! *jeng jeng jenggggggg*

Ne nak bagi contoh PRAKTIKAL untuk menjadi pengguna internet yang matang!

  1. Off internet bila nak buat kerja *nasihat untuk diri sendiri terutamanya!*
  2. Surfing dan browsing benda-benda yang ada kaitan sahaja! Jangan gatal2 nak tengok benda yang boleh menjadikan otak anda lembab!
  3. Jadikan AGAMA sebagai landasan apabila anda ingin berbuat sesuatu! INGAT! Allah is watching U!

Ok lah! Jom kita praktikkan apa yang dah saya bebel kan ni. Manalah tau ia membuahkan hasil yang ranum dan masak! Hayya bina

Rabu, 26 Mei 2010

Behind The Niqab


I am a woman like any another,
Young and full of desires,
With the urge to live life to its fullest,
I want to be as free as a bird,
Who wishes to fly high in skies,
Swim like that jovial dolphin,
Prancing with the roaring waves,
And discover the colours of life,

I am a woman of few words and glances,
But many endless desires
You think I am imprisoned in black,
You think I cry with inferiority complexes,
But your so wrong O’ wayfarer,

Behind the niQab,
Is a woman who hopes to conquer this world,
With the power of her pen,
Although people ridicule her talent,
she holds firm faith in being patient,
The way she uses the pen,
That sharp sword of words awakening your rooh.

So don’t under estimate this black cloak,
It is far powerful than you can ever imagine.
There have been tales of my disgrace,
by those who failed to realise its value,

I have heard the wise Bulbul,
Singing songs of joy and hope,
She’s praising the niQab and its tales.
Several tears reside behind this veil,
yet a ray of light exists,

One day you will see me fly in the skies,
And the black ink of the pen flowing like that of my niQab
writing in the skies, bold words of wisdom,
till then I am patient and praying everyday…

Behind the niQab,

is a story of a woman,

living behind the veil and writing it…

Selasa, 25 Mei 2010

I am a Muslim Woman


I am a Muslim woman
Feel free to ask me why
When I walk
I walk with dignity

When I speak
I do not lie
I am a Muslim woman
Not all of me you'll see

But what you should appreciate
Is that the choice I make is free
I'm not plagued with depression
I'm neither cheated nor abused

I don't envy other women
And I'm certainly not confused
Note, I speak perfect English
Et un petit peu de Francais aussie

I'm majoring in Linguistics
So you need not speak slowly
I run my own small business
Every cent I earn is mine

I drive my Chevy to school & work
And no, that's not a crime!
You often stare as I walk by
You don't understand my veil

But peace and power I have found
As I am equal to any male!

I am a Muslim woman
So please don't pity me
For God has guided me to truth

And now I'm finally free!

source: facebook/light of islam

Jumaat, 7 Mei 2010

Hidup Di Bawah Naungan Al Quran

Aku telah hidup di bawah naungan Al Quran ….

"Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja"-Sayyid Qutb

Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya. Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.

Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi "chit-chat" yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!

Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.

Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan ‘nikmat’ apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan."Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang2 yang bersih, tempat2 ang tinggi dan cahaya yang terang benderang"-Syed Qutb

Hidup di bawah naungan Al Quran, keseimbangan di antara manusia dan alam buana diperolehi. Bagi manusia yang masuk ke dalam islam sepenuhnya, sedangkan alam buana ini pula memang sentiasa tunduk dan patuh pada Allah, kedua2 mereka saling patuh dan tunduk pada Tuhan yang sama. Berharmonilah mereka, keseimbangan yang mendamaikan.Kenapa ada manusia yang ingin melanggar keseimbangan yang selesa itu? Mengapa jalan yang bersimpang-siur yang dituruti sedangkan ada hampir dengannya suatu jalan yang lurus.Alangkah ruginya manusia!

Hidup di bawah naungan Al Quran, alam al-wujud ini kelihatan lebih besar daripada saiz sebenarnya. Alam al-wujud bukan sekadar yang dapat dikesan oleh pancaindera (alam syahadah) tetapi jua mencakupi alam ghaib, yang tidak dapat dikesan.Bandingkan, saiz bebola biji mata dan saiz planet bumi ini. Sangat kecil bukan? Bagaimanakah, secara logiknya suatu yang sangat kecil dapat melihat secara keseluruhan sesuatu yang lain yang lebih besar daripada saiznya sendiri? Ibarat seekor ulat yang meliat sebiji epal yang berkali-kali gandan besar dari dirinya sendiri. Sehinggakan ia pun tidak ketahui manakah bahagian epal yang paling sedap, ataupun bagaimana untuk melihat epal itu secara keseluruhannya jua.Itulah dia, apabila manusia melihat alam ini hanya menggunakan matanya sahaja, nescaya dia tidak dapat memahami alamini keseluruhannya, lantaran tidak dapat melihat pun gambaran keseluruhannya kerana keterhadan dari segi saiznya.Tidak mustahil sebenarnya bagi suatu yang kecil ingin melihat suatu yang sangat besar daripadanya, tetapi yang kecil itu hendaklah mempunyai kedudukan yang sangat2 jauh untuk mendapatkan perspektif keseluruhan bagi melihat yang besar itu. Seperti ahli kaji cuaca yang ingin melihat atmosfera bumi. Terpaksa menggunakan satelit yang dilancarkan jauh beribu batu jauh daripada planet bumi supaya dapat melihat permukaan bumi secara menyeluruh!Bagi manusia, untuk pergi jauh, ia hanya perlu memandang sesuatu melalui wahyu daripada pencipta alam semesta ini, iaitu Allah SWT. Yang semestinya Sang Pencipta itu adalah jauh lebih besar daripada apa yang Dia ciptakan. Melihatlah dengan Al Quran, iaitu lihatlah alam ini dengan teleskop agung, iaitu Al Quran Al Karim. Nescaya manusia tidak merasa kerdil untuk melihat alam semesta ini keseluruhannya kerana dia melihat dengan pandangan Penciptanya. Manusia akan dapat berfikir sejauh dan seluasnya!

Hidup di bawah naungan Al Quran, manusia dapat memahami bahawa maut bukanlah penghabisan perjalanan kehidupannya, sebaliknya ajal itu sekadar pertengahan jalan yang menghubungkan dunia dan akhirat.

Hidup di bawah naungan Al Quran, manusia dapat memahami dunia ini bukannya tempat untuk mencari habuan.Bagi orang yang tidak yakin terhadap hari kebangkitan selepas kematian, dunia ini baginya adalah tempat untuk bekerja dan juga tempat untuk mendapat gaji/habuan.Bagi orang yang beriman kepada hari kiamat, dunia ini hanyalah tempat untuk bekerja, dan untuk memperoleh gaji adalah di akhirat kelak.Jadi, siapakah yang akan lebih kerja kuat dan bersungguh-sunguh?Sudah tentu bagi orang yang beriman, dia akan kerja dengan lebih kuat lagi kerana dia memahami hakikat bahawa sekiranya dia alpa di dunia, nanti dia tidak peroleh habuannya! Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, hidupnya bermatian hanya untuk dunia, jadi plan yang dilakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja.Apabila memahami hakikat ini, manusia akan memandang jauh. Memperluaskan fikiran dan penglihatannya, untuk merancang dan bekerja sesuatu adalah untuk jangka masa yang panjang, yang penting ila mardhatillah!

Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu’.

"Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang"Surah Ar-Ra’d : 15

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah".Surah Al Isra’ : 44

From my sister in law blog's: http://conteng.blogspot.com/

Tangan saya gatal nak tulis tentang IKHTILAT!


Saya nak tulis sendiri tentang IKHTILAT ne, tapi saya rasa dah banyak pembahasan tentang perkara ini. Jadi sana CO+PAS= Copy and Paste dari blog-blog tertentu antaranya anak soleh dan Inni akhafullah. Bermanfaat. Selamat menikmati hidangan HANGAT dari saya hari ini ^^

Intro dari saya adalah. IKHTILAT bermaksud... Pergaulan bebas antara lawan jenis tanpa tujuan yang di bolehkan syariat dan bukan muhrim! Tak kiralah dia siapa. Selain dari mak, ayah, datuk, nenek, kakak, abang, adik dan mereka yang boleh menjadi wali anda. Jika dia tidak boleh menjadi wali anda maka dia bukan muhrim anda!

DARI blog Anak Soleh:


Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

e. Rasulullah SAW. bersabda,

"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)

f. Firman Allah SWT

"maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

-------------------------------------

Dah jelas belum berkenaan nash dan hadis di atas? ok. Sekarang kita masuk pula ke teratak Inni Akhafullah.... :)

Dari blog beliau saya mengutip bahawa....


>>> asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah' yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut. ~(Faham tak??)

Kedua:Harus kerana keperluan(hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki
yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman
untuk baginda (SAW)

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.)keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

--------------------------------------------------------

Dan saya mengutip lagi di blog beliau mengenai ADAB KETIKA BERIKHTILAT! CHECK THIS OUT BEBEH! ;)

Adab yang perlu dijaga oleh Lelaki dan perempuan.


  • Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

  • Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.

  • Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.

  • Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

  • Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari) .

Ne pulak Adab khas untuk wanita

  • Iltizam dengan pakaian Islam, Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.

  • Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

  • Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.Wanita di atas pentas Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh ulama lslam.
---------------------------------------------------

Ha... Indahkan Islam? Sangatttt indah! Jadi jangan nak mengada-ngada ikut logik akal je dalam mengamalkan agama! ikut rules ok! ne sebenarnya khusus untuk diri sendiri (ME!). Sekarang zaman serba terBUKA.... Jadi kalau tak pandai jaga diri sendiri maka anda atau saya telah mencampakkan diri ke LEMBAH NERAKA... naudzubillah... Ya Allah, Saksikan bahawa aku telah menyampaikan. Say NO to IKHTILAT! JOM IKUT SHARIAT!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer