Blog Archive

Ahad, 29 Mei 2011

Hati-hati, Mungkin Kita Penyebab Fitnah!

Semenjak dua menjak ne,banyak betul fitnah yang terjadi terhadap umat Islam. Entah kenapa dan mengapa, fitnah yang melanda semakin hari semakin keras dan dahsyat. Tak terfikirkah kita bahawa fitnah yang muncul itu akan melemahkan lagi kesatuan dan perpaduan di kalangan ummah ini?

Sini cek nak habaq!

Terlalu banyak sebenarnya perkara yang menjadi sumber fitnah bagi Islam. Kita sendiri sebenarnya boleh menjadi sumber fitnah tersebut. *cik Sakinah.... tolong bagi contoh!* ha... mcm ne contohnya.

Situasi pertama:

Sebagai seorang Muslimah, kita dianjurkan untuk menutup aurat. Namun apa yang terjadi di masa kini, ramai yang "membalut" aurat daripada menutup aurat. Bukankah itu fitnah? bukankah kita sebagai muslimah sudah sering mendengar bahawa wanita adalah fitnah dunia? kecantikan yang ada pada diri seorang wanita itu boleh menyebabkan seorang perdana menteri menjadi hamba dan seorang jenderal menjadi tawanan.

Situasi kedua:

Sebagai seorang pelajar, kita diamanahkan untuk belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin. Sudahlah kita diamanahkan untuk menjadi pelajar, kita *dikatakan* pula sebagai pejuang kerana membawa dan mengemban amanah sebagai pejuang *dengan pena*. Jadi bukankah setiap tindak tanduk kita menjadi perhatian orang. Bahkan jika ada sedikit kesalahan *yang tidak disengajakan* dilakukan oleh insan-insan ini maka orang *ramai* akan berkata, "Ha... tulah dia, berjuang untuk Islam konon, diri pun tak terurus!" Dush! bukankah di sini kita dah menjadi fitnah untuk Islam.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi contoh dan ana tak dapatlah nak menyatakan semua. Apa yang ana tulis ni sebenarnya merupakan pengalaman pribadi dan peringatan untuk diri sendiri. Betapa susahnya menjadi seorang yang ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup, Namun apakah dengan kesusahan itu lantas kita tinggalkan saja Islam dan memilih gaya hidup lain yang lebih heboh dan hendonis? NO NO NO!

Islam itu sebenarnya tidak pernah memberatkan umatnya, namun kitalah yang sering menjadikan ia berat. Perhatikan apa yang telah di firmankan oleh Allah swt di dalam al Quran, dan apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah di dalam sunnahnya. Islam dengan begitu indah mengatur kehidupan manusia *sesuai dengan fitrah kita* namun manusialah yang seringkali ingin lari dari fitrah, Naudzubillah!

Mari sahabat-sahabat, rakan taulan semua....

Mari kita susun kembali hidup kita mengikut irama Sunnnahtullah. Bukan dengan nafsu atau keinginan hati semata-mata. Mari cek, apalagi yang kurang dalam diri kita yang perlu dan harus kita perbaiki.

:) Jangan biarkan hidup anda diselubungi FITNAH (: Sekian dulu! Maas Salamah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer