Blog Archive

Selasa, 5 Julai 2011

Min Huna Nabda' Wa Min Al Aqsa Naltaqy!

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh

Sengaja saya luangkan masa lebih di teratak sepi hari ini. ^_^

Saya baru lepas check traffic di blog, dan agak sedikit surprise kerana sejak kebelakangan ini ramai yang view entry lama dan antara entry paling favorite yang di view adalah > Jihad bukan cuma di Palestine kawan [Catatan hujung minggu]


Dan untuk hari ini saja, yang view untuk entry tersebut hampir 9 views. Memang tak ramai jika dibandingkan dengan blog lain, namun ia ramai jika menurut blog saya yang sepi ini. ^_^

Hmmm... Saya sebenarnya jarang ambil kisah mengenai statistik atau berapa orang yang view dan follow blog. Cuma saya agak tertanya-tanya, siapakah gerangan yang telah membaca entry ini. Mengapa ia dibaca berulang-ulang?

Di dalam entry tersebut sebenarnya saya ingin membawa para sahabat berfikir tentang keadaan saudara kita di seluruh belahan dunia. Ya, mungkin dari tajuk saya seperti kurang peduli keadaan di Palestine, namun hakikatnya bukan seperti itu. 

Saya ingin mengajak para sahabat sekalian agar membuka paradigma pemikiran kita dan tidak membatasi hubungan kita sesama Islam hanya dengan batas negara, namun lihatlah penderitaan saudara kita tanpa batas atau sempadan. Bukan Rasulullah bersabda bahawa seorang muslim dengan muslim yang ibarat satu tubuh?



Jika satu bahagian merasa sakit maka bahagian yang lain turut merasa sakit

Jika masalah jihad di Palestine saya yakin ramai diantara sahabat telah memahaminya. Insha Allah, dalam diri kita semua pasti terselit rasa ingin turut sama-sama merasakan penderitaan mereka di sana. Jika masih ada yang belum memahami masalah di Palestine maka bukalah pintu hati anda luas-luas dan lihat, di sana ada saudara kita yang terjajah di bumi sendiri. bahkan Ghazzah (Gaza) merupakan penjara terbesar bagi umat Islam di Palestine. Apakah masih ada yang tidak mahu ambil peduli? 



Selain dari entry Jihad ini, ada sebuah lagi entry yang menjadi pilihan iaitu Doa yang menyentuh hati

Doa yang menyentuh hati ini sebenarnya saya ambil dari sebuah cacatan teman di FB. Doanya sangat bertepatan dengan keadaan dan situasi saya saat itu. Walaupun doanya terselit doa untuk suami dan saya belum bersuami, tapi saya terharu dengan doanya kepada kedua ibu bapanya. Jadi saya catat dan copy ke dalam blog ini. Alhamdulillah, ramai yang membacanya dan saya juga berharap doa tersebut dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. ^_~ 

Jadi sahabat-sahabat sekalian, 


Anda yang membaca dan berhak untuk bersetuju atau menolak apa yang saya tulis. Tujuan untuk menyampaikan telah saya laksanakan dan kelak dihadapan Allah saya akan bersaksi bahawa saya telah menyampaikan yang haq. 


Insha Allah, perjuangan masih belum tamat, ia baru saja bermula. ^_~ Mungkin setelah ini akan ada entry-entry yang lebih menggugah jiwa dan perasaan yang ingin saya sampaikan dan kongsi bersama dengan anda. Doakan saya untuk istiqomah dengan dakwah ini. Min Huna Nabda' Wa Min Al Aqsa Naltaqy! Di sini kita bermula dan di al Aqsa kita bertemu! biiznillah! Insha Allah!

Maas Salamah!

1 ulasan:

Pandangan anda? Your Opinion Please... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer