Blog Archive

Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan

Isnin, 11 Oktober 2010

Ambil atau Tinggalkan! *Surat untuk En. Facebook*


Assalamualaikum warga maya.

Syukran atas ziarah kalian ke teratak musafir. :) Hari ini tiada yang menarik untuk dibicarakan. Semalam kita di meriahkan *orang-orang tertentu* dengan pernikahan angkasawan negara, Dato' Syeikh Muzaffar syukor, alhamdulillah... perkenalan selama 8 tahun berakhir *bermula* di singgahsana nan indah bak kayangan. Kalau kata lagu Maher Zain *Barakhallahu lakum* :) - Ini sebenarnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah untuk diucapkan oleh tetamu kepada pengantin.

Cuti semester saya hampir berakhir, hmmm~ Lepas ne masuk kampus dan struggle sebagai seorang pelajar. Insha Allah.

Dan malam tadi juga saya membuat satu keputusan, saya telah cerai talak 1 dengan En.Facebook. Memang agak sedih, tapi inilah keputusan terbaik yang harus saya lakukan.

Setelah hampir 3 tahun saya berkenalan dengan En.Facebook, pelbagai peristiwa suka duka yang saya alami. Jatuh bangun, sepak terjang semuanya saya rasakan. Namun, bak kata orang ne, bila dah tak cocok, maka tak dapat lagi dah nak diteruskan.

Saya kecewa dengan sikap En.Facebook sejak akhir-akhir ini. Namun *tadi petang* saya disedarkan bahawa setiap suatu masalah yang kita hadapi sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri... Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menyalahkan En.Facebook dalam hal ini, tetapi menyalahkan diri sendiri. Alasannya? biarlah saya simpan sendiri, ini rahsia pribadi.

Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En.Facebook. Selama kita bersama mungkin ada kenangan manis yang pernah kita lalui bersama. Tapi, ketahuilah En.Facebook, tempat anda telah digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga. Saya ingin mencontohi cara bersilaturahim yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, saya tidak mahu hanya melihat di screen komputer. Saya juga ingin meluahkan perasaan sayang, cinta, kritikan, saranan, motivasi dan *benci* langsung kepada orang-orang disekitar saya tanpa menjadikan KAMU sebagai perantara.

En.Facebook, katakan kepada bapak kamu itu *En. Mark Zulkerburg* bahawa beliau telah berjaya membuatkan sebagian manusia melupakan Tuhannya dan bertuhankan beliau. Naudzubillah! *macam firaun pulak*

Okeylah, kalau kita berjumpa lagi, tegur-tegur lah saya, saya mungkin akan melupakan kamu tetapi jasa baik kamu memperkenalkan saya kepada *dakwah, jihad* tidak akan saya lupakan. Sekian dari saya.

-Isteri kamu yang menceraikan diri sendiri kerana bertemu cinta sejati-

Inilah wajah En.Facebook, barangsiapa berjumpa dengannya maka berhati-hatilah kerana mukanya yang *bermuka-muka* membuatkan anda mudah terpikat dengannya.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Tips dan Trik Nak Jadi Pengguna Internet Yang Matang!


Wahai Pengguna Internet, Jom Jadi Matang!

Sedar tak sedar internet banyak bagi pengaruh dalam kehidupan kan? Sedikit sebanyak ia dapat mencerminkan matang atau tidaknya seseorang itu…

Menurut pendapat “Ilmuan” sekalian, bagaimana takrif seorang pengguna internet yang matang?

Internet merupakan ujian bagi kita > ini kata umi saya. Ye lah… bila ada internet, kita asyik nak ngadap kompi dan leppi 24 hours per 7. Ha! Matang ke tak tu? Sampai berpinar bijik mata.

Internet juga merupakan senjata. Kalian tau kan, senjata kalau di gunakan kearah yang bermanfaat (mencari perdamaian, membela diri dan sebagainya) maka ia akan memberi kebaikan dalam kehidupan. TAPIIIII…. Senjata kalau di salah gunakan, ia akan mendatangkan bencana dan musibah.

Penggunaannya juga haruslah dengan ilmu. Sebab apa nak pakai internet pun kena ada ilmu?? Sebab… bila ada ilmu maka kita tahu apa “kegunaan” dan setakat mana “limit” penggunaan baginya. Pentingggg sangat untuk kita mengetahui cara menjadi pengguna internet yang matang. :)

Hmmm… saya pun masih belajar, bagaimana nak jadi pengguna internet yang matang ne. Ohya, Kalian jangan hairan dan merasa aneh, kalau kes pembuangan bayi banyak berlaku *apasal tiba-tiba kes pembuangan bayi neee?* :D

Tahu tak, *ne nak bagi tau!* hampir 90% bahan dalam jaringan lebar ini ada unsur-unsur pornoaksi dan pornografi!! Haaa… Kalian sendiri tahulah… sebagai pengguna, bila lihat gambar2 yang terjojol sana, terbuka sini, terdedah dari atas sampai bawah, dari manusia sampai kartun, semuanya dah tak nak pakai baju! Macam manalahhhhhhh………. Kejadian gejala social tak meningkat. Ini juga merupakan efek dari penggunaan *dan pembuatan isi kandungan* internet yang tidak matang!

Hmmm… Oh sudahlah, so macam mana cara nak atasi semua ni? Boringlah asyik teori jeeee…. Nak praktikal pulak! *jeng jeng jenggggggg*

Ne nak bagi contoh PRAKTIKAL untuk menjadi pengguna internet yang matang!

  1. Off internet bila nak buat kerja *nasihat untuk diri sendiri terutamanya!*
  2. Surfing dan browsing benda-benda yang ada kaitan sahaja! Jangan gatal2 nak tengok benda yang boleh menjadikan otak anda lembab!
  3. Jadikan AGAMA sebagai landasan apabila anda ingin berbuat sesuatu! INGAT! Allah is watching U!

Ok lah! Jom kita praktikkan apa yang dah saya bebel kan ni. Manalah tau ia membuahkan hasil yang ranum dan masak! Hayya bina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer