Blog Archive

Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2011

Susahnya Memberi Semangat



JIKA DITANYA , INILAH JAWABNYA…*


Jika ditanya
Apakah yang lebih indah dari segunung emas dan sejuta permata?
Apakah yang lebih indah dari beribu mutiara di lautan?
Dan harta serta wang yang melimpah ruah?
Jawabnya
Keindahan itu terletak pada keimanan
dan ketakwaan kepada Tuhan.

Jika ditanya
Apakah akan rugi jika hidup dengan agama?
Tanpa merasa nikmatnya dunia?
Jawabnya
Kenikmatan itu tergantikan dengan reda-Nya.

Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan diri?
Mencari selautan ilmu?
Berjuang demi agama?
Jawabnya
Kerana inilah perjuangan sebenar
Yang menuntut aku mengorbankan segalanya…
Kerana aku tahu indahnya kenikmatan di syurga
Dari kenikmatan di dunia.

Aku mahu menjadi bintang yang cemerlang
Hingga sinarnya menembusi langit dunia
Hingga izzah Islam akan kembali bersinar
Seperti zaman Rasul dan sahabatnya.

Walau aku bukanlah Sayidatina Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumayyah yang berjiwa perkasa
Bukan juga Sayidatina Khadijah yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda dan pedangnya
Tetapi…
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang mempunyai cita-cita
Di sebalik cintaku pada-Nya.


-Syaheedah el-Quds
10 April 2009

___________________________________

*Puisi ini telah dimuatkan dalam buku penulis yang berjudul Nik Nur Madihah, Permata Generasi Rabbani.

___________________________________________________________

Terima kasih sahabat. Kau sentiasa ada 1001 cara untuk kembali membakar semangatku untuk berjuang. Impian kita melihat Islam kembali bersinar dari barat hingga ke ufuk Timur. Jika aku lengah dan lupa, ingatkan aku. Jika aku jatuh, hulurkan tanganmu. Iringin aku dengan doamu yang kau panjatkan di 1/3 malammu.

Jumaat, 29 Oktober 2010

-no name-


Lagikan ada gunting dalam lipatan...

ada api dalam sekam...

ada duri dalam daging...



Duhai,

dulu aku sedih kau tenang-tenangkan

dulu aku lapar kau kenyang-kenyangkan



kini,

aku jauh makin kau hindarkan

aku dekat kian disisihkan



ada apa ini?

ada apa dengan ku

dan ada apa denganmu?



dulu kau dicubit aku merasa di tampar

dulu kau ditampar aku rasa di tendang



kini aku ditampar, kau yang tendang

kini aku ditendang, kau yang buang!



aduhai... aduhai... aduhai...



ada apa ini?



bermonolog lah pada diri

tanya hati

apa salahku dan apa benarmu?

apa silapku dan apa katamu?



...semoga sebentar lagi kita bertemu jawapan...



------------------------------

Hanya karya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer