Blog Archive

Memaparkan catatan dengan label Tips Menulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Menulis. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2011

Tips Penulisan: Pentingnya Menjadi Diri Sendiri


by: Ummu Sakinah Muhammad
Assalamualaykum! :)

Jam tangan menunjukkan pukul 4.45 pagi. Ini masuk hari ke-2 saya bergadang atau istilah melayunya berjaga malam. Kalah pak guard yang jaga hostel.


Saat-saat berjaga malam macam ne lah saya blog walking, ke sana, ke sini, baca itu, baca ini dan hanya satu kata yang terucap, Subhanallah! dah ramai daie-daie (pendakwah) blogger sekarang.
Mengimbas kembali saat awal saya berblog, tahun 2007, saat itu saya di Indonesia. Masa-masa mula belajar menulis dan masih banyak typo atau kesalahan ejaan. Sedikit demi sedikit kesalahan saya perbaiki hinggalah saat ini, saat kalian membaca entry terbaru yang masih banyak kesalahan. Insha Allah akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.


Kembali pada tajuk Menjadi Diri Sendiri *macam pakar motivasi pulak*, ketika saya ber"blog walking" tadi, timbul 1 rasa dalam hati... Ya Allah, masih layakkah aku berada di dunia penulisan maya ini?

Hmm.. Mengapa timbul persoalan itu? Kerana saya takjub, ramai penulis berbakat di kalangan sahabat-sahabat blogger dan kini saya merasa diri saya sangat kecil berbanding mereka. :)

Sahabat-sahabat,

Inilah cabarannya, menjadi seorang daie, pendakwah di dunia maya. Kita akan merasa tercabar, kerdil, kecil apa bila melihat ada sahabat-sahabat yang mempunyai follower yang ramai, komen yang banyak dan entry yang menarik dan penuh ilmiah. Ibaratnya... sekarang ne dah ada rancangan "IMAM MUDA" di astro kan? Ha... Imam tua makin dilupakan *imam-imam kat surau-surau tua tulah... padahal mereka yang banyak berjasa*. :D

Selalunya, penulisan (blogger khususnya) yang terlalu keras, berideologi, kurang gambar, banyak teks dan berada di kalangan minoriti akan terpinggir. Hehehe.

Namun sekali mandi, biarlah basah, alang-alang dan menulis biar mati dengan menulis. Contoh pendakwah yang kalamnya digeruni adalah Sayyid Qutb. Allahu Akbar! tintanya tajam hingga menusuk hati para perintah liberal Mesir saat itu. Seperti as syahid (insha Allah) Sayyid Qutb, beliau menulis tidak alang-alang. Sekali menulis, lautan menjadi tintanya, pedang menjadi naungannya.

Hmmm... penulis seperti inilah yang dunia mahukan sebenarnya *baru 1 contoh*. Menulis bukan mengikut situasi, peristiwa atau kejadian sahaja, tetapi menulis untuk 10, 20 bahkan 50 tahun akan datang.

Tetapi mudahkan untuk menjadi penulis seperti itu?

*tepuk dada tanya iman* Hello iman.... ;)

Saya sendiri teruja membaca karya-karya penulis yang dapat membaluti tulisan mereka dengan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah dengan sangat baik. Dan akan tambah teruja jika mereka menulis dengan disertai kitab-kita ulama muktabar dan golongan salaf atau khalaf tapa mempertikai ikhtilaf diantara mereka (ikhtilah dalam hal furu' bukan hal usul ya!).

Tapi ramaikah penulis seperti itu di zaman sekarang? Mari sekali lagi tepuk dada tanya iman. Hello iman.... ;)

Susah-susah jadi penulis, nak kena fikirkan apa yang ditulis, benar atau tidak, valid atau invalid, sesuai dengan waqi atau tidak, nanti disunting editor atau tidak (jika anda penulis yang berbayar ye :), nanti disaman atau tidak. Iya... memang susah dan kesusahan itulah yang dinikmati oleh Imam As Syafie, Imam Al Ghazali, Imam As Suyuthi, Imam Ahmad bin Hambal *sambil tulis sambil ingat subjek masodir :P* dan seluruh imam dan alim ulama.

Bezanya mereka dengan kita? Mereka menulis berdakwat hitam tetapi menghasilkan sebuah daulah, sebuah mazhab...

Kita? kita... sedang merintis jalan untuk itu. Masih bertatih, bahkan masih mengesot.

Apapun itu, pentingnya jika menjadi diri sendiri saat menarikan jari di keyboard atau melarik pena diatas kertas. Jika anda tidak berani menjadi diri sendiri ketika menulis, jadilah tulisan itu sebuah tulisan yang hanya diingat seketika dan dilupa selamanya, ibarat makan burger ayam, bila burger dah habis hilang sudah nikmatnya.
Jadi sahabat...

Teruskan berkarya, di medan free seperti blog, dimedan berbayar seperti majalah, novel (dan sebagainya) atau di mana saja asalkan niatkan ia KERANA ALLAH!
Sekian celoteh saya... ;)
Maas salamah wa ilalliqo'~

Sabtu, 4 Jun 2011

Tips Karya Yang Baik.

By: Ummu Sakinah Muhammad

Kerja semakin bertambah, bukan sahaja assignment dari lecturer, malah beberapa dateline artikel yang perlu saya penuhi.

Ramai orang yang suka menulis, sebelum kemunculan I-pad, Leptop, Netbook dan sebagainya, kita memerlukan pen dan kertas untuk menulis, namun kini tidak lagi. Semuanya ON Digital. Mungkin akan sampai masa anak-anak masa depan takkan mengenal apa itu kertas dan pen.

Bagi yang menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya, maka cabaran yang harus ditempuhi akan semakin mencabar. Menulis sangat memerlukan idea dan ilmu. Bagaimana rupanya sebuah tulusan yang ditulis tanpa idea, maka ianya akan hanya sebuah coretan atau contengan semata-mata. Tulisan tanpa ilmu pula ibarat minum teh tanpa gula. Pahit!

Dalam menghasilkan tulisan yang baik dan bermutu, seorang penulis perlulah menyelarikan akal dan hatinya. Kenapa? Begini... Mungkin kita semua sudah sering mempelajari teori tatabahasa ketika di sekolah rendah mahupun menengah. Bahkan di universiti sekalipun! Nah, teori-teori itulah yang perlu kita gunakan sewaktu menulis.

Bagaimana agaknya jika anda membaca sebuah tulisan tanpa koma, titik, dan pelbagai tanda baca lainnya. Pasti bosan bukan? Jadi Jangan pandang remeh pada teori-teori yang anda pelajari. Amalkan dia sewaktu anda menulis bahkan ketika anda menulis diari sekalipun!

Jangan lupa! Anda perlu menyertakan hati anda saat menulis. Akal tanpa hati ibarat kayu yang keras, yang tidak boleh meliuk kekanan mahupun ke kiri. Statik! tegak dan pucat! Jadi Sertakan hati. Masukkan emosi anda ketika menulis.

Tahukan anda bagaimana ulama tersohor suatu ketika dahulu menghasilkan sebuah kitab yang bermanfaat sehingga dapat digunakan hingga saat ini? Sebelum menulis, mereka berwuduk dan solat sunat 2 rakaat. Kini baru saya ketahui mengapa mereka melakukan 2 hal tersebut.

1. Air wudu yang mencecah kekulit menghasil ketenangan. Fikiran yang tenang akan menghasilkan akal yang fokus.

2. Solat 2 rakaat. Solat dengan penuh kekhusyukan dapat menhadirkan hati kita saat menghadap Allah swt.

Akal yang fokus dan hati yang tenang merupakan gabungan yang menarik untuk menghasilkan sebuah tulisan yang dapat menitiskan air mata, membangkitkan semangat dan menumpahkan darah sekalipun!

Lihat, betapa pentingnya kita menyelarikan Akal dan Hati saat menulis. Mari! Kita hasilkan sebuah karya yang dapat dikenang zaman. Bukan hanya karya-karya picisan atau murahan. Akhirul Kalam. Maas Salamah wa ilalliqo'!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer