Blog Archive

Isnin, 27 Jun 2011

Akhlak Seorang Pejuang


Alhamdulillah ala kulli hal kerana saya, anda dan sahabat-sahabat semua masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah swt yang luas ini.

Kaefahalukum ya Ikhwanie wa akhowatie fillah?

Ikhwanie wa akhowatie yang saya cintai kerana Allah..

Sekian lama kita berbicara tentang perjuangan, namun jarang kita menyentuh tentang akhlak seorang pejuang. Kadang-kadang, kesibukkan kita kepada perkara yang besar membuatkan kita lupa kepada hal-hal yang kecil. MashaAllah...

Sahabat sekalian...

Innamal buistu li utammima makarimal akhlak... Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda baginda Rasulullah duhai sahabat-sahabat sekalian. Rasulullah, panutan kita, ikutan kita... Ramai yang mengaku mengikuti Rasulullah namun berapa ramaikah yang mencontohi baginda dalam perkara akhlak?

Sahabat...

Dalam melangkah di medan perjuangan, kita selalu bertemu dengan sahabat yang berbeza pendapat, berbeza jalan namun sejauh manakah kita menghormati perbezaan itu?

Saya tidak mengajak sahabat semua untuk menghormati perbezaan dalam hal aqidah. Dalam hal aqidah sudah jelas nas dan dalilnya bahawa tiada tolak ansur atau toleransi... Namun bagaimana dengan perbezaan dalam hal-hal ikhtilaf?

Dari Abu Ayyub Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak halal bagi muslim memutuskan persahabatan dengan saudaranya lebih dari tiga malam. Mereka bertemu, lalu seorang berpaling dan lainnya juga berpaling. Yang paling baik di antara keduanya ialah memulai mengucapkan salam. Muttafaq Alaihi.

Sangat menyedihkan ketika kita menghadapi perbezaan ini dengan caci maki, hinaan dan celaan seolah-olah perbezaan antara "kamu" dan "dia" adalah perbezaan yang sudah tidak dapat dicari titik tengahnya.


Sesungguhnya Allah membenci orang yang keji, yang berkata kotor dan membenci orang yang meminta-minta dengan memaksa. (AR. Ath-Thahawi)


Sahabat, dalam melaksanakan perjuangan, jalan kita boleh berbeza. Sebagai contoh, mungkin si A lebih cenderung kepada siasah yang dicontohi Rasulullah, dan si B cenderung kepada jihad. Lalu si C menyukai dakwah atau mengislahkan masyarakat. Bagi saya tiada yang salah dalam hal ini, selagi si A, B dan C tidak mensyirikkan Allah dengan selainNya.

Sahabat, Mengapa cenderung mencari perbezaan sedang kita boleh mencari persamaan? Apakah Rasulullah mengajar kita untuk memusuhi saudara kita yang berbeza pendapat dan hanya duduk dengan mereka yang sependapat dengan kita? Tidak... Rasulullah mengajarkan kita untuk saling nasihat menasihati, mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran. Jika kita ingin ke syurga, maka ajaklah bersama saudara, sahabat, rakan taulan agar sama-sama menuju jalan meraihnya.

Perbezaan ini boleh kita hadapi dengan berakhlak. Rasulullah tidak pernah menyamakan seseorang dengan binatang melainkan kepada bangsa yahudi. Lalu, jangan kita cela saudara kita dengan gelaran binatang. Rasulullah mempunyai akhlak yang paling halus dengan saudara seaqidahnya. Lihat bagaimana Rasulullah mengatasi masalah seorang arab baduwi yang telah mebuang air kecil di dalam masjid nabi. Baginda melarang sahabat untuk menyakiti lelaki tersebut, bahkan Rasulullah meminta diambilkan secebok air lalu dijirus pada tempat yang terkena najis lalu kemudian Rasulullah menasihati sang Arab Baduwi itu dengan lemah lembut.

Begitulah sahabat-sahabat... Akhlak seorang pejuang sejati. Akhlak seorang komado bahkan akhlak seorang pemimpin umat Islam hingga ke hari ini. Sudah sehebat mana perjuangan kita sehingga kita berani mencela? Perhatikan hadis di bawah ini.


Dari Abdullah Ibnu Amar Ibnu al-'Ash Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Termasuk dosa besar ialah seseorang memaki orang tuanya." Ada seseorang bertanya: Adakah seseorang akan memaki orang tuanya. Beliau bersabda: "Ya, ia memaki ayah orang lain, lalu orang lain itu memaki ayahnya dan ia memaki ibu orang lain, lalu orang itu memaki ibunya." Muttafaq Alaihi.


Dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, kita harus ingat bahawa masih ada hak sesama muslim yang harus kita tunaikan.


Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (ertinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim.

Sudah cukup jelas apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah kepada kita. Mulai sekarang mahukah kita memperbaiki akhlak kita? Ayyuhal Abthol... Wahai para pejuang.... Mari kita perbaiki apa yang masih kurang dalam diri kita. Mari kita saling nasihat menasihati, saling kasih mengasihani, saling ingat mengingati... Pejuang dengan akhlak yang mulia bukan saja dihormati teman malah disegani lawan.

Sebelum saya menutup bicara, mari kita baca sebuah hadis berkenaan dengan balasan dari Allah terhadap mereka yang suka mencaci-maki dan menuduh seseorang berbuat zina.


Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Nabi Saw lalu berkata, " Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku ialah (orang) yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, solat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu lalu dia menanti orang ini menuntut dan mengambil pahalanya (sebagai tebusan) dan orang itu mengambil pula pahalanya. Bila pahala-pahalanya habis sebelum selesai tuntutan dan ganti tebusan atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka." (HR. Muslim)


(gambar mujahid german, kiri: Abdul Ghofar Almani yang telah syahid di Afghanistan)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan anda? Your Opinion Please... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer