Blog Archive

Khamis, 10 Mac 2011

Islamphobia


Islamphobia: is prejudice against, hatred or fear of Islam or MuslimsThe term seems to date back to the late 1980s, but came into common usage after the September 11, 2001 attacks in the United States to refer to types of political dialogue that appeared prejudicially resistant to pro-Islamic argument. (source: Wikipedia)

-----------------------------------------------------------------------------
Kalau kata saya: Islamphobia adalah rasa takut yang berlebih-lebihan terhadap mereka yang mempunyai ciri-ciri keIslaman. Islamphobia sudah ada sejak zaman Rasulullah sallallahu alaihi wassalam memulakan dakwah secara sirr lagi. Bukan bermula dari 11 September.

Islamphobia ini bukan hanya dirasakan oleh orang Non-Muslim terhadap Muslim, malah ada sesama Muslim yang turut phobia dengan saudara mereka sendiri. Kalau di zaman Rasulullah, mereka ini digelarkan sebagai Munafik fasik. :)

Mengapa adanya Islamphobia? Kerana adanya usaha untuk menjatuhkan Islam yang dilakukan oleh mereka-mereka yang digelar orientalis yang sering melakar kata di media-media dan menggambarkan bahawa seorang MUSLIM yang berpenampilan MUSLIM itu adalah EKSTREMIS dan FUNDAMENTALIS.

Jadi TUGAS kita sebagai seorang muslim adalah: Kembalikan kemurnian citra Islam. Jika, pergi kemana-mana ingat bahawa anda membawa ISLAM dan segala keindahannya bukan hanya diri anda sendiri. Dakwah yang terbaik adalah menunjukkan akhlak hasanah kepada orang-orang yang masih awam dan Non-Muslim.

Jangan malu untuk berpenampilan sebagai seorang Muslim! Menjadi seorang Muslim dan Muslimah adalah suatu anugerah yang paling besar.

Al Faqir Ilallah,
Ummu Sakinah Muhammad
8:56 am (Rabu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer