Kata bunda, "Jadilah seperti Salman Al Farisi yang sebenar... merantau demi mencari hidayah, Jangan cuma meminjam namanya sahaja"
Dibawah ini merupakan detik-detik keberangkatan beliau ke Mesir, Fi amanillah ya akhi... Berjuanglah menjadi "pejuang" "Mujahid" "mujtahid" yang "soleh".
(Sewaktu pemeriksaan akhir sebelom terbang ke awan biru membelah langit dunia)
(Apa nasihat seorang abang? "Kenali dulu budaya masyarakat di sana seperti mana Imam as syahid (insha Allah) Hassan al Banna mengenali masyarakatnya sebelum berdakwah mengislahkan umat. Pergi ke surau-surau dan masjid untuk mengenali watak manusia di sana" -Uzair Izzat Amir)
(Pelukan seorang Abang)
(Pelukan seorang teman)
(Mama yang sanggup datang dari jauh untuk menghantar anak saudaranya berjuang menuntut ilmu :) -kredit to mama ngah)
I like this picture -Apabila seorang ibu tersenyum lebar mengenangkan anaknya nanti akan kembali menjadi sumber rujukan umat.
Pergi boleh bawa beban barang yang banyak, tapi nanti bila anda pulang nanti, beban umat pula yang akan bertenggek atas bahu anda. Bayangkan saja barang-barang tersebut harapan umat yang menanti kepulangan seorang Mujahid wa Mujtahid!
Tengoklah tanah air puas-puas kerana nanti anda akan merindukannya :)
1 day before.... bertempat di Gambang, Kuantan, Pahang, Malaysia... Sebuah majlis kecil-kecilan diadakan untuk meraikan pemergian Muhammad Salman Al Farisi menuntut ilmu - kredit to ummi Rahimah dan pak cik yang sudah bertungkus lumus memasak dan menyiapkan majlis yang sederhana tapi penuh ukhwah. :)
Di hadapan itu merupakan surau yang menjadi bukti detik hijrah Muhammad Salman. Surau yang telah diimarahkannya sepanjang Ramadan. Insha Allah... kata abuya lepas ne jadi imam terawih di masjid pula. :)
Semoga Allah memberikanmu kefahaman seperti para anbiya, keberanian seperti para mujahid dan kesolehan seperti para walinya. Jadilah Pejuang abad ini. Jadilah "Ghuraba" di saat manusia akhir zaman ini rebah.... Ingatlah, banyak amanah terbeban atas bahumu.... Selamat Berjuang adikku.
[Entry ini tidak berakhir disini]