Pada suatu malam, saya tak dapat tidur. Jadi saya mengadap computer dan mula menaip dan mengarang. Tidak berapa lama kemudian, saya menjeling kea rah tv. Akhirnya saya nyalakan tv dan memilih siaran. Saya akhirnya tertarik dengan Tanya Ustaz, sebuah rancangan agama di TV9.
Sayangnya saya tak berapa ingat nama ustaz tersebut. Namun cara dia berbicara dan membuka kan tema malam itu membuatkan saya tertarik untuk mengikutinya. Di sela-sela ustaz sedang menyampaikan ceramah tiba-tiba ada penelefon yang menelefon dan menanyakan soalan. Saya cuba menghayati apa pertenyaan dari penaya tersebut. Ternyata ia berkaitan dengan hubungan anak-anak dengan ibu bapanya.
Dari hujung talian terdengar sebak dan serak suara sang penanya. Akhirnya pertanyaan tersebut selesai dan ustaz bersiap sedia untuk menjawab pertanyaan.
“Begini ya sidang penonton sekalian… di
dalam al-Quran ada mengatakan bahawa janganlah engkau bekata walaupun ‘uff!’ di hadapan kedua orang tua mu…
Di dalam bahasa arab, perkataan uff itu adalah lafaz yang paling lembut ketika marah. Cuba kita sebut uff… tidak sama kan dengan menyebut Ahh yang lebih kasar bunyi nya.
Di sini, Islam mensyariatkan kita berlemah
lembut dengan kedua orangtua kita. Hatta perkataan uff saja kita tidak boleh sebutkan ketika marah bagaimana dengan anak-anak zaman sekarang? Bila marah bermacam-macam perkataan keluar.
Perintah menghormatio ibu bapa ini merupakan sebuah kewajipan meskipun orangtua kita seorang yang durhaka, kafir atau fasik. Selagi mereka tidak memerintahkan kepada perkara yang mengarah kepada durhaka kepada Allah s.w.t maka kita wajib mentaati dan bersikap lemah lembut terhadap mereka.
Kita sekali-kali tidak diizinkan untuk berkata kasar bahkan mengangkat suara sekalipun. Jika kita ingin menasihati atau menegur perbuatan salah yang dilakukan oleh kedua orang tua kita maka gunakanlah bahasa yang lembuit dan berhikmah.
Masih ingatkan kita dengan kisah nabi Ibrahim? Ayah nabi Ibrahim merupakan seorang yang kuffur kepada Allah. Namun nabi Ibarahim tidak pernah sekalipun mengkasari ayahnya. Malah saat berkata-kata dengan ayahnya sekalipun nabi Ibrahim masih menggunakan perkataan ‘ya Abati’ iaitu ayahku, sebuah panggilan yang paling lembut dan penuh kasih sayang.
Sehingga di dalam al-Quran ada menceritakan bahawa, saat semua umat di dunia berkumpul di padang mahsyar, nabi Ibrahim menegur ayahnya dengan kata-kata “Ya Abati… bukankah dulu aku pernah mengajak dirimu untuk beriman kepada Allah… sekarang lihatlah dirimu…”
Ayah nabi Ibrahim lalu menjawab. “iya, sekarang aku ingin beriman kepada Tuhanmu…”
Lalu nabi Ibrahim menghadap Allah swt dan memberitahu hasrat ayahnya, namun permintaannya di tolak kerana hanya mereka sewaktu di dunia saja yang akan di terima oleh Alah swt. Padang mahsyar merupakan tempat pengadilan seluruh amalan maka pintu untuk beriman dan bertaubat telah di tutup.”
Wahai teman… hatta perkataan “uff” saja kita di larang maka bagaimanakah cara kita berbicara dengan kedua orangtua kita? Apakah sudah seperti nabi Ibrahim?
