Blog Archive

Rabu, 10 Februari 2010

Seorang Ibu Itu...


Dia seorang ibu
berjalan melewati masa lalunya
melepasi masa getirnya
dan berhadapan dengan masa depan nya

dia mencuba
memberikan yang terindah
bagi anak-anaknya
mencuba
memberi yang terbaik
bagi anak-anaknya

Dia berlari
menggapai dua redha yang dia impikan
redha Robb-nya
redha suami-nya
selepas redha kedua orang tuanya

dia meraba
dalam gelita
mencari celah
cahaya cinta yang tinggi

dia berharap akhirat
meskipun di sisinya bergelimpangan mayat-mayat dunia

dia meredah gelapnya rimba derita
berhadapan dengan binatang buas yang bernama nafsu
demi mencari permata hidayah dan taubat

Dia bukan seorang bidadari kayangan
dia dilahirkan dengan darah dan keringat
juga melahirkan dengan darah dan keringat
dia bidadari syurga
menyembangkan sayapnya
menaungi aku, kau. kita semua bahkan mereka!

dialah bidadari syurga yang bisa marah
dialah bidadari syurga yang bisa terluka
dialah bidadari syurga yang bisa tua
dialah bidadari syurga yang akan pergi saat di panggil Rabb-nya
oh dia.... bidadari syurga

aku merenung ke dalam matanya
dia ibu yang solehah
kerana matanya hanya mengharap cinta dan Cinta
dia ibu yang solehah
kerana matanya hanya mengharap redho Rabb-nya
dia ibu yang solehah
kerana ingin memberikan yang terbaik bagi anak-anaknya

Seoang ibu itu
hanya berjuang mempertahankan "amanah" dari Robb-nya

Seorang ibu itu
hanya ada cinta di hatinya

seorang ibu itu
aku mencintai dia
dan aku berharap engkau juga....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer