Blog Archive

Jumaat, 29 Januari 2010

Selintas Fikiran

Beberapa hari kebelakangan ini di rumah ana hangat membahaskan tentang pernikahan, perkahwinan dan segala hal yang berkaitan dan bersangkutan dengannya. Entahlah. dulu hal ini di anggap tabu untuk di bicarakan. namun kini perbicaran mengenai hal "tabu" ini sudah semakin terbuka. Mungkin kerana adik-beradik ku yang sudah semakin dewasa juga kerana di rumahku ada 3 orang yang menanti izin dan "lesen" untuk menikah.

Perbicarannya berlangsung tidak mengira tempat. Kadang di rumah, di kereta, di kedai mamak, dan kadang perbicaran terjadi saat sedang sidai kain atau menyuap roti canai (sampai tersedak dan menghilangkan selera makanlah kadang-kadang tu! :)

Namun apa kaitan nya dengan perbicaraan mengenai pernikahan dengan suntikan maut yang bernama sekuler ini? Haa... janganlah anda merasa ini tiada kaitannya. Saya menulis bukan kerana ingin membela diri (kerana sedang menunggu izin) atau kerana ingin menjatuhkan peribadi orang lain. Namun saya merasa terpanggil untuk menulis mengenai hal ini. Iya, inilah tuntutan sebagai generasi muda yang pro aktif. Di mana-mana buah fikiran orang-orang seperti kami ini di perlukan.

Beberapa hari lalu, sewaktu terjadi perbicaraan panjang dengan keluarga (di selingi gurau senda dan gelak ketawa) saya tidak banyak ikut bersuara. Takut.... kalau suara kita di salah ertikan. Takut dikatakan mencari dukungan. Namun, saya tidak dapat menahan lagi ucapan saya bila mereka membahas tentang harga "hantaran" yang ditetapkan oleh pihak perempuan ke pihak lelaki (ini kisah anak angkat mak saya yang nak kawen).

Al-Kisahnya, sang perempuan tawar menawar mengenai harga hantaran dari 20 ribu ringgit kepada, 15 ribu ringgit dan akhirnya menjadi 13 ribu ringgit. Entah kenapa di situ saya tidak dapat menahan rasa "dongkol" yang menjalar dalam hati saya. Dengan spontan saya berkata perlahan "macam nak tawar harga kambing!" hufffff~

Di sini saya tidak tahu pihak mana yang bersalah dan harus di persalahkan. Apakah sesulit dan sesusah itu seorang anak adam dam hawa ingin menyempurnakan separuh dari agama? Apakah makna menyempurnakan separuh agama itu adalah "melengkapi rumahtangga dengan limpahan harta benda dan kemewahan, kedudukan atau kecantikan?"

---------------------------------------------------------------------

SUNTIKAN GEJALA SO"SIAL"

kita berpindah sedikit dan kembali melihat ke belakang. Masalah gejala sosial yang semakin menjalar dan kini merosak urat saraf anak bangsa kita. Apakah sebabnya dan di manakah puncaya?

Banyak yang mengeluh, anak-anak semakin degil dan susah di luruskan. Anak-anak kini lebih merbahaya dan menakutkan.

Saya tidak mahu membahas tentang 1000 contoh gejala sosial yang ada, namun cukuplah saya mengambil 1 contoh. Pergaulan bebas. Dari manakahkah punca kerosakan ini terjadi dan ke manakah arahnya nanti? Arahnya pasti kepada pemusnahan akhlak dan akidah ummat Islam. Namun dari mana PUNCANYA??!

---------------------------------------------------------------------

LARANGAN ATAU DIDIKAN?

Wahai para pendidik dan bakal pendidik. Sedikit kita merenung. antara dialog di bawah ini, yang manakah menurut anda yang lebih menusuk ke hati dan mudah di terima?

"Jangan kamu kawan dengan si anu si anu...."

"Jangan kamu gatal-gatal nak bercinta dengan anu.... anu..."

"Kamu harus dapat ini, itu, baru boleh ini, itu"

"Tengok si anu, anu, ada ini, itu... Umur 30 kawen..."

ATAU....

"Husna... dalam Islam mengajarkan kita menjaga pergaulan dan batas antara lawan jenis.... dalam al-Quran surah an-Nisa ada membaha tentang pergaulan di antara lawna jenis... Lelaki yang baik berhak mendapat perempuan yang baik...."

"Ali... Jika kamu sudah merasa mampu untuk menikah, maka ayah nasihatkan pernikahan yang baik menuurut Islam itu seperti ini.... dan di antara tanggungjawab dan amanah yang harus kamu jaga itu seperti ini.... Kamu haruslah menjaga hak isteri kamu seperti ini...."

"Amni... Seorang wanita muslimah yang baik itu perlulah menjaga banyak hal didalam kehidupannya.... antaranya...."

Silakan anda memilih dialog2 di atas!

----------------------------------------------------------------------

Di sini saya mencuba untuk mengajak anda semua berfikir. Apakah sebab yang melahirkan Suntikan gejala sekuler ini. Ini pembahasan secara global yang belum saya perincikan.

Tidak dinafikan, zaman milinieum ini telah merubah banyak perkara dalam kehidupan kita. Termasuk dalam kehidupan beragama. Segala sesuatu yang diajarkan oleh syariat telah kita ubahsuai mengikut akal fikiran kita. Kita merasakan ada baiknya hal tersebut dilakukan (menyesuaikan syariat mengikut akal fikiran) namun jangan juga kita lupa, apalah gunanya Rasulullah di utuskan ke muka bumi ini.... Masih ingatkan kita dengan hadis nabi yang berbunyi "Aku diutuskan untuk MENYEMPURNAKAN AKHLAK..."

Kita mendengungkan kepada masyarakat agar menjalani kehidupan yang serba canggih, mengikuti peredaran zaman, tanpa kita sedari bahawa kita telah mengetepikan syariat Allah dan sunnah Rasulullah. Hebat sungguh umat akhir zaman ini! Maka kita tidak usah lagi ki ta bertanya jauh-jauh kepada orang lain, namun kita kaji dan selidiki, apakah kita sudah benar-benar mengamalkan kehidupan yang dicontohi Baginda? Dalam hal muamalah, pendidikan, perniagaan, adab, akhlak, akidah?

Untuk permasalahan yang di bahas di awal tulisan. Memetik kata-kata yang saya tulis di atas;
Apakah sesulit dan sesusah itu seorang anak adam dam hawa ingin menyempurnakan separuh dari agama? Apakah makna menyempurnakan separuh agama itu adalah "melengkapi rumahtangga dengan limpahan harta benda dan kemewahan, kedudukan atau kecantikan?"
Menurut saya, jika benar kita ingin mem"betulkan" zaman yang sudah tidak betul lagi ini, maka solusinya adalah, jangan di halang seorang pemancing yang ingin menantang lautan yang luas, kerana semakin di halang semakin besar keinginan dia untuk terjun kelautan yang ganas. Namun, yang paling baik itu adalah, berikan tunjuk ajar, cara menghadapi lautan yang tak bertepi, jika dia ingin kan seekor ikan, maka berikan dia pancing atau jala, jangan berikan ikan kerana itu akan menghasilkan sikap malas dan lemah. Berikan tektik dan teknik untuk menghadapu lautan. Ingat, larangan atau kata jangan akan membuatkannya semakin "degil" dan berkemungkinan besar menggunakan tektik yang salah untuk mendapatkan ikan. Jangan sampai sang pemancing menggunakan "tuba" atau "bom Ikan". Didik sang pemancing untuk sabar dan isitiqomah...

~Debu Di Kaki Musafir~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer