By: Ummu Sakinah Muhammad
Kerja semakin bertambah, bukan sahaja assignment dari lecturer, malah beberapa dateline artikel yang perlu saya penuhi.

Bagi yang menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya, maka cabaran yang harus ditempuhi akan semakin mencabar. Menulis sangat memerlukan idea dan ilmu. Bagaimana rupanya sebuah tulusan yang ditulis tanpa idea, maka ianya akan hanya sebuah coretan atau contengan semata-mata. Tulisan tanpa ilmu pula ibarat minum teh tanpa gula. Pahit!
Dalam menghasilkan tulisan yang baik dan bermutu, seorang penulis perlulah menyelarikan akal dan hatinya. Kenapa? Begini... Mungkin kita semua sudah sering mempelajari teori tatabahasa ketika di sekolah rendah mahupun menengah. Bahkan di universiti sekalipun! Nah, teori-teori itulah yang perlu kita gunakan sewaktu menulis.
Bagaimana agaknya jika anda membaca sebuah tulisan tanpa koma, titik, dan pelbagai tanda baca lainnya. Pasti bosan bukan? Jadi Jangan pandang remeh pada teori-teori yang anda pelajari. Amalkan dia sewaktu anda menulis bahkan ketika anda menulis diari sekalipun!
Jangan lupa! Anda perlu menyertakan hati anda saat menulis. Akal tanpa hati ibarat kayu yang keras, yang tidak boleh meliuk kekanan mahupun ke kiri. Statik! tegak dan pucat! Jadi Sertakan hati. Masukkan emosi anda ketika menulis.
Tahukan anda bagaimana ulama tersohor suatu ketika dahulu menghasilkan sebuah kitab yang bermanfaat sehingga dapat digunakan hingga saat ini? Sebelum menulis, mereka berwuduk dan solat sunat 2 rakaat. Kini baru saya ketahui mengapa mereka melakukan 2 hal tersebut.

2. Solat 2 rakaat. Solat dengan penuh kekhusyukan dapat menhadirkan hati kita saat menghadap Allah swt.
Akal yang fokus dan hati yang tenang merupakan gabungan yang menarik untuk menghasilkan sebuah tulisan yang dapat menitiskan air mata, membangkitkan semangat dan menumpahkan darah sekalipun!
Lihat, betapa pentingnya kita menyelarikan Akal dan Hati saat menulis. Mari! Kita hasilkan sebuah karya yang dapat dikenang zaman. Bukan hanya karya-karya picisan atau murahan. Akhirul Kalam. Maas Salamah wa ilalliqo'!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pandangan anda? Your Opinion Please... :)