Blog Archive

Khamis, 17 Februari 2011

Ujian Itu Mendewasakan


Alhamdulillah ala kulli hal. Hampir sebulan saya tidak meninggalkan jejak musafir di sini. Sebulan, walaupun masanya pendek tapi hayatnya panjang dan selama sebulan tidak meninggalkan jejak di sini saya kembali menerima ujian-ujian yang tak kalah hebatnya dari ujian-ujian yang lalu.

Sahabat-sahabat saya sibuk bergelumang dengan paper exam 2 minggu lamanya. Tapi saya? sibuk mengeluarkan keringat dan air mata. Untuk apa? biar Allah saja yang tahu. :) Saya menulis seperti ini bukan untuk kelihatan sebagai seorang gadis manja yang tidak tetap pendirian dan hanya pandai mengeluarkan kata-kata tanpa tindakan. Saya menulis seperti ini kerana saya seorang manusia yang juga lemah serba serbi. Tapi berusaha untuk bangkit melawan arus. Saya teruja dengan sebuah kata-kata yang saya dapat dari sebuah filem

"Saya mesti tetap berdiri saat berdiri pada ketika itu sangat sulit!"

Sekali ini saya cuba memetik ayat dari filem bukan kerana saya bosan dengan al Quran dan Hadis, sungguh! bukan sama sekali. Tetapi saya cuba mengambil manfaat dari kisah, walaupun ia hanya rekaan.

Saya bahkan sering sekali mengutup kata-kata orang di sekitar saya sehingga sahabat-sahabat serumah pasti tahu kalau saya suka berkata dengan "Mak saya kata.... abuya saya kata.... ulama itu berkata...." Ia seperti menjadi trademark. :) Alhamdulillah, setiap perkataan yang bermanfaat saya cuba serap dengan baik kemudian mengamalkannya.

Berbalik kepada persoalan ujian. Jika namanya ujian tak ada yang mudah. Tapi disebalik perkara yang tidak mudah itulah kita diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (HR. Bukhari)

Subhanallah, apalagi yang kita mahukan selain dari kebaikan dari Allah SWT dan dihapus segala dosa?

Sahabat, sungguh ujian demi ujian yang dialami makin mendewasakan kita. Bukankah dengan ujian kita makin kenal dengan kehidupan dan dengan ujian juga kita tahu cara menyelesaikan masalah. Semakin meningkat usia maka ujian yang akan dialami juga berbeza. Jadi kita mesti bersiap sedia. :)

Yakinlah sahabat, ujian itu akan mendewasakan kita. Semakin banyak kita diuji akan semakin dewasalah kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer