Blog Archive

Jumaat, 7 Mei 2010

Hidup Di Bawah Naungan Al Quran

Aku telah hidup di bawah naungan Al Quran ….

"Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja"-Sayyid Qutb

Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya. Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.

Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi "chit-chat" yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!

Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.

Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan ‘nikmat’ apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan."Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang2 yang bersih, tempat2 ang tinggi dan cahaya yang terang benderang"-Syed Qutb

Hidup di bawah naungan Al Quran, keseimbangan di antara manusia dan alam buana diperolehi. Bagi manusia yang masuk ke dalam islam sepenuhnya, sedangkan alam buana ini pula memang sentiasa tunduk dan patuh pada Allah, kedua2 mereka saling patuh dan tunduk pada Tuhan yang sama. Berharmonilah mereka, keseimbangan yang mendamaikan.Kenapa ada manusia yang ingin melanggar keseimbangan yang selesa itu? Mengapa jalan yang bersimpang-siur yang dituruti sedangkan ada hampir dengannya suatu jalan yang lurus.Alangkah ruginya manusia!

Hidup di bawah naungan Al Quran, alam al-wujud ini kelihatan lebih besar daripada saiz sebenarnya. Alam al-wujud bukan sekadar yang dapat dikesan oleh pancaindera (alam syahadah) tetapi jua mencakupi alam ghaib, yang tidak dapat dikesan.Bandingkan, saiz bebola biji mata dan saiz planet bumi ini. Sangat kecil bukan? Bagaimanakah, secara logiknya suatu yang sangat kecil dapat melihat secara keseluruhan sesuatu yang lain yang lebih besar daripada saiznya sendiri? Ibarat seekor ulat yang meliat sebiji epal yang berkali-kali gandan besar dari dirinya sendiri. Sehinggakan ia pun tidak ketahui manakah bahagian epal yang paling sedap, ataupun bagaimana untuk melihat epal itu secara keseluruhannya jua.Itulah dia, apabila manusia melihat alam ini hanya menggunakan matanya sahaja, nescaya dia tidak dapat memahami alamini keseluruhannya, lantaran tidak dapat melihat pun gambaran keseluruhannya kerana keterhadan dari segi saiznya.Tidak mustahil sebenarnya bagi suatu yang kecil ingin melihat suatu yang sangat besar daripadanya, tetapi yang kecil itu hendaklah mempunyai kedudukan yang sangat2 jauh untuk mendapatkan perspektif keseluruhan bagi melihat yang besar itu. Seperti ahli kaji cuaca yang ingin melihat atmosfera bumi. Terpaksa menggunakan satelit yang dilancarkan jauh beribu batu jauh daripada planet bumi supaya dapat melihat permukaan bumi secara menyeluruh!Bagi manusia, untuk pergi jauh, ia hanya perlu memandang sesuatu melalui wahyu daripada pencipta alam semesta ini, iaitu Allah SWT. Yang semestinya Sang Pencipta itu adalah jauh lebih besar daripada apa yang Dia ciptakan. Melihatlah dengan Al Quran, iaitu lihatlah alam ini dengan teleskop agung, iaitu Al Quran Al Karim. Nescaya manusia tidak merasa kerdil untuk melihat alam semesta ini keseluruhannya kerana dia melihat dengan pandangan Penciptanya. Manusia akan dapat berfikir sejauh dan seluasnya!

Hidup di bawah naungan Al Quran, manusia dapat memahami bahawa maut bukanlah penghabisan perjalanan kehidupannya, sebaliknya ajal itu sekadar pertengahan jalan yang menghubungkan dunia dan akhirat.

Hidup di bawah naungan Al Quran, manusia dapat memahami dunia ini bukannya tempat untuk mencari habuan.Bagi orang yang tidak yakin terhadap hari kebangkitan selepas kematian, dunia ini baginya adalah tempat untuk bekerja dan juga tempat untuk mendapat gaji/habuan.Bagi orang yang beriman kepada hari kiamat, dunia ini hanyalah tempat untuk bekerja, dan untuk memperoleh gaji adalah di akhirat kelak.Jadi, siapakah yang akan lebih kerja kuat dan bersungguh-sunguh?Sudah tentu bagi orang yang beriman, dia akan kerja dengan lebih kuat lagi kerana dia memahami hakikat bahawa sekiranya dia alpa di dunia, nanti dia tidak peroleh habuannya! Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, hidupnya bermatian hanya untuk dunia, jadi plan yang dilakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja.Apabila memahami hakikat ini, manusia akan memandang jauh. Memperluaskan fikiran dan penglihatannya, untuk merancang dan bekerja sesuatu adalah untuk jangka masa yang panjang, yang penting ila mardhatillah!

Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu’.

"Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang"Surah Ar-Ra’d : 15

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah".Surah Al Isra’ : 44

From my sister in law blog's: http://conteng.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer