Blog Archive

Sabtu, 24 April 2010

Cita-cita


Saya orang yang banyak cita-cita sebenarnya. Sejak kecil nak jadi pensyarah. Siapa pun tanya saya akan jawab nak jadi pensyarah walaupun saya tak tau pun pensyarah tu apa. Dah besar sikit saya nak jadi pakar kaunseling *betul ke tak ejaan ne*.

Akhirnya, bila dah masuk sekolah menengah saya bercita-cita nak jadi penulis. Alhamdulillah, Allah kabulkan. Karya pertama saya sederhana dan banyak dibantu oleh orang-orang penting terutama ayahanda dan bonda tercinta. Sekarang setelah setahun saya sedang berusaha untuk menyiapkan karya ke 2, 3 dan 4. Kalau boleh nak terbit serentak *mungkinkah?* -Biidznillah...

Bila dah besar, dah masuk U, dah tengok macam-macam ragam dunia, saya nak selesaikan apa yang saya dah jalankan dengan baik *itu cita-cita terbaru saya*.

Antara cita-cita saya yang terbaru adalah.

1. Menyelesaikan karya-karya saya dengan baik.
2. Menyelesaikan kuliah yang telah saya jalani dengan baik *namun ada sedikit kendala*
3. Menjalani kehidupan now and future dengan lebih baik.
4. Menjalani kehidupan selepas kematian dengan baik *mati dalam husnul khotimah*

Tak dapat saya jelaskan dengan lebih detail di sini. Tapi itulah cita-cita saya. Bagaimana dengan cita-cita anda? Ohya, cita-cita tertinggi saya adalah, saya ingin menghadap Allah swt dalam keadaan saya meredhai ketentuan Allah dan Allah meredhai saya. :)

Sekarang saya sedang giat dan merajinkan diri untuk menarikan jari-jemari saya di atas keyboard netbook tercinta. Ini juga kerana cita-cita saya. Saya juga sedang berusaha untuk melakukan semuanya kerana Allah supaya setiap apa yang saya lakukan bernilai ibadah di sisi-Nya. Jom, tanam cita-cita dan tuai ia dengan cinta!

Barakhallahufiekum. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer