
Di antara ulama ada yang membagi ilmu pada dua persoalan pokok, iaitu ilmu yang terpuji dan ilmu yang tercela. Yang termasuk ilmu yang terpuji adalah:
1. Ilmu Ushul (dasar), iaitu kitabullah, sunnah Rasulullah s.a.w, ijma umat dan perkataan para sahabat.
2. Ilmu Furu' (cabang) iaitu apa yang difahami dari dasar-dasar ini, berupa berbagai pengertian yang memberikan tanda kepada akal, sehingga akal dapat memahaminya.
3. Ilmu Pengantar, iaitu ilmu yang berfungsi sebagai alat, seperti ilmu bahu, sorof, ilmu balaghah yang fungsinya untuk memahami kitabullah dan sunnah Rasulullah.
4. Ilmu Pelengkap, seperti ilmu qira'ah, makhraj huruf, ilmu rujalul hadis dan lain-lain.
Sedangkan, yang termasuk ilmu tercela adalah:
1. Ilmu yang memudhoratkan dan tidak bermanfaat, seperti ilmu sihir dan ilmu nujum (perhitungan)
2. Ilmu materialisme yang bertentangan dengan ilmu kenabian, yang kesemuanya ditujukan untuk kesombongan dan menunjukkan kekuatan.
3. Ilmu dunia yang melalaikan akhirat.
4. Ilmu yang tidak diamalkan dan disembunyikan oleh pemiliknya.
5. Ilmu yang menimbulkan perselisihan dan kedengkian dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Adapun untuk urusan kalian, maka kalian lebih mengetahui sedangkan untuk urusan dien ini, maka kembalikanlah kepadaku"
(Ibnu Majah: 11/825)
di petik dari: Mizanul Muslim, bab ilmu, m/s 29-30