Blog Archive

Selasa, 2 Mac 2010

3 Mac 1924. Belajarlah Dari Sejarah.

“Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”

Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.

Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya.

Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh.
Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce.

Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair.

****

Kerajaan Turki Uthmaniyyah berdiri pada tahun 1288 Masihi dan ditumbangkan oleh musuh-musuh Islam secara rasmi sepenuhnya tanggal 3 Mac 1924. Dalam tempoh 636 tahun berdirinya kerajaan Islam ini, terdapat 37 orang pemerintah. 8 yang awal menggunakan gelaran Sultan dan 29 yang lain menggunakan gelaran Khalifah. Sultan yang ke-7 iaitu Sultan Muhammad II (1451-1481) pernah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya ketika Baginda sedang menggali parit (khandak) dalam Perang Ahzab (Perang Khandak):

[ Kostantinople akan dibuka oleh tentera Islam. Ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera – Hadis Riwayat Imam Ahmad ] Ternyata, beliaulah ketua tentera yang berjaya membuka Kota Kostantinople dari Kristian sehingga beliau digelar Muhammad Al-Fatih (Pembuka). Baca tentang beliau disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/11/kenali-tokoh-perjuangan-al-fatih.html

Antara pemerintah yang terkenal gigih mempertahankan Islam adalah Khalifah Abdul Hamid II (1876-1909). Dizamannya musuh-musuh Islam dari negara-negara Barat, Yahudi, Freemason dan sekutu mereka mula menekan Turki. Baca mengenai ketegasan Khalifah Abdul Hamid II dalam isu tanah Palestin disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/palestin-sejarah-yang-dilupakan-oleh.html Dan baca pula bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Arab hari ini dalam isu Palestin disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/09/binasalah-pemimpin-pemimpin-nasionalis.html

Kemuncak tekanan kuffar ke atas kerajaan Islam ini berlaku di era pemerintahan Khalifah Abdul Majid II (1922-1924). Beliau diperintah dengan kawalan sepenuhnya oleh gerakan Freemason dan secular yang sudah mula menguasai Turki dan disokong oleh rakyat yang sudah berjaya ‘dicuci otak’ mereka. Mustafa Kamal Attaturk yang berketurunan Yahudi digunakan oleh pihak Barat bagi menghadapi Khalifah. Baca kejahatan dan jenayah Kamal Attaturk ke atas Islam disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/rekod-panjang-jenayah-bapak-sekular.html

Maka, sejak tarikh tersebut, bermulalah sistem Khilafah dibuang dan digantikan dengan sistem Republik. Presiden pertama Republik Turki adalah Mustafa Kamal Attaturk (1924-1938). Sehingga kini, Republik Turki mempunyai 11 orang Presiden. Presiden Turki sekarang adalah Abdullah Gul dan PM pula adalah Recep Tayyib Erdogan. Mereka berdua dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) iaitu sebuah parti yang berbasis Islam. Untuk melihat senarai Presiden Republik Turki, baca disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/keruntuhan-khilafah-islam-presiden.html

Selepas kerajaan Islam ini berjaya ditumbangkan, maka muncullah para ulama’ yang sedar akan kepentingan memperjuangkan Islam sebagai Ad-Din dan Daulah serta mengetahui bahaya fahaman secular apabila dianuti oleh umat Islam. mereka inilah yang menggerakkan Harakah Islamiyyah dinegara masing-masing. Antara Harakah Islamiyyah yang muncul selepas jatuhnya Khilafah Uthamniyyah, baca disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/09/harakah-islamiah-satu-pengenalan.html dan di Turki sendiri, Sheikh Bediuzzaman bangkit menyeru rakyat kembali kepada Islam dan meninggalkan fahaman secular. Baca kegigihan beliau disini
http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/sheikh-bediuzzaman-said-nursi-dan.html

Lain-lain maklumat, rujuk disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/palestin-dan-keruntuhan-khilafah-islam.html dan http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/turki-uthamniyyah-zaman-keruntuhan.html dan http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/potret-suram-turki-uthmaniyyah.html dan http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/03/merve-kavakci-diusir-dari-parlimen-tuki.html

****
Surat Terakhir Sultan Abdul Hamid II

Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:

“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu.

Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas.

Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka.

Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.
Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
22 September 1909


Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)

================


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer