Blog Archive

Jumaat, 26 Februari 2010

Para Nabi dan syuhada' Menginginkan Kedudukannya. ( Apakah Itu?)


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan bukan syuhada, tetapi para nabi dan para syuhada menginginkan keadaan seperti mereka; kerana kedudukannya di sisi Allah." sahabat bertanya " Wahai Rasulullah, tolong beritahu kami siapa mereka?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan sanak saudara di antara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut dan mereka tidak berduka cita di kala orang lain berduka cita."

(HR Abu Dawud: No. 3060)


Sebagai Umat Rasulullah, kita sangat menginginkan untuk berada bersama baginda kelak di padang mahsyar. Namun, banyak di antara kita yang tidak pandai menjaga ukhwah sehingga terpecah-belah dan saling menjatuhkan di antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w sangat menjaga hubungan baginda dengan para sahabatnya. baginda malah sanggup berkorban demi menjaga kepentingan umatnya. Hanya kerana satu cinta, cinta baginda kepada umatnya kerana Allah s.w.t.

Di dalam kitab-kitab hadis banyak matan yang menunjukkan kebaikkan orang yang menjaga ukhwah Islamiyah ini. begitujuga di dalam al-Qur'an. Malah, mereka yang saling mencintai saudara seimannya kerana Allah, kedudukannya sangat di inginkan oleh para nabi dan syuhada. Lihatlah betapa tingginya kedudukan mereka yang menjaga ukhwah.

Dalam mencapai kejayaan Islam, sesungguhnya kita tidak memerlukan banyak orang kerana yang di perlukan hanyalah kualiti dari orang-orang tersebut. Cukuplah 1000 orang tentera Islam yang melawan 10000 orang tentera musyrik, asalkan 1000 orang tentera Muslim tersebut benar-benar terikat hati mereka kerana Allah s.w.t. jadi janganlah kita hairan jika umat terdahulu sedikit, tetapi kualiti dari mereka melebihi dari umat akhir zaman.

Bangkitlah saudaraku...

Perbaiki ukhwah kita dan bersatulah menjadi umat yang berkualiti seperti di zaman para sahabat. Gapailah kedudukan yang paling diinginkan oleh para nabi dan syuhada ini.

Orang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak akan menganiayanya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang ada di dalam keperluan saudaranya maka Allah ada di dalam keperluannya. Barangsiapa menghilangkan satu kesukaran dari orang muslim, maka Allah akan menghilangkan satu kesukaran dari kesukaran-kesukaran yang ada pada hari kiamat (HR Bukhari dan Muslim)

Catatan:
~Debu Di Kaki Musafir~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer