Blog Archive

Khamis, 5 November 2009

Ujian; Hadiah Dari Allah


Pejam celik akhirnya usiaku menginjak 21 tahun. Alahmdulillah menginjak usia 21 ana banyak belajar dari kehidupan. Belajar untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam menyikapi segala hal, terutama hubungan Hablun minallah wa hablun minnanas.

Makin dewasa terasa makin banyak ujian yang di lalui, yang harus di lewati. Seperi manusia lainnya ana juga merasa sedih, geram, marah, terharu dan bermacam-macam perasaan yang susah nak di gambarkan.

Secara tak langsung ana tau itu adalah proses untuk menjadi lebih dewasa dan menjadi hamba Allah yang baik.

Ana sedikit pun tak menyesali dengan ujian yang datang dan pergi ibarat tetamu yang datang ke rumah. Malah, ana bersyukur kerana dari ujian inilah ana merasakan Allah semakin menyayangi ana sebagai hambaNya.


Bagaimanakah cara untuk menjadi manusia yang tabah saat ujian datang melanda? haruskan kita menyesali kesalahan yang kita lakukan? di sini ana ingin berkongsi tips dengan ikhwanie wa akhwatie sekalian.

Inilah yang ana lakukan saat ujian-ujian dari Allah datang menghapiri:

1. Menangis

Ini adalah hal yang sangat wajar kerana setiap perasaan yang tidak menyenangkan akan membuatkan hati kita tidak enak, kalau ana, mata akan langsung bereaksi, maklum, orangnya sensetif juga. :)

2. Solat

Inilah ubat paling mujarab sekali! Subhanallah! Ana sendiri merasakan saat kita pening, dan keliru dengan ujian yang datang melanda, kita berwudu kemudian solat memohon kepada Allah, secara tidak langsung perasaan yang berat tadi akan pergi. Cubalah...

Allah juga berfirman dalam al Quran bahawa hadapilah setiap ujian yang datang dengan sabar dan solat!

3. Berdoa

Kita boleh berdoa setiap saat, tak kiralah waktu tu kita dalam macam mana pun. sebagai hamba Allah kita wajib berharap kepadaNya setiap detik, setiap saat. Mintalah apa yang kita inginkan dengan hati yang khusyuk dan ikhlas. dan yakinlah bahawa tiba waktunya Allah akan megijabah doa kita.

4. Sharing dengan orang yang di percaya

Inipun bermanfaat, sharinglah setiap masalah kita dengan orang yang mempunyai ilmu dan yang dapat di percaya. Insya Allah, jika kita tidak dapat jalan penyelesaian pun, pasti ujian yang kita alami makin ringan.


Itulah serba sedikit tips yang ana amalkan. Zaman semakin laju, semakin banyak ujian, semakin banyak fitnah, jadilah generasi yang berbeza, iaitu generasi yang tetap menggengam bara api di saat orang lain menjauhi bara api itu kerana takut terbakar jari-jarinya.


Diri kita hanya milik Allah semata!


~Debu Di Kaki Musafir~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan anda? Your Opinion Please... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer