Blog Archive

Isnin, 11 Oktober 2010

Ambil atau Tinggalkan! *Surat untuk En. Facebook*


Assalamualaikum warga maya.

Syukran atas ziarah kalian ke teratak musafir. :) Hari ini tiada yang menarik untuk dibicarakan. Semalam kita di meriahkan *orang-orang tertentu* dengan pernikahan angkasawan negara, Dato' Syeikh Muzaffar syukor, alhamdulillah... perkenalan selama 8 tahun berakhir *bermula* di singgahsana nan indah bak kayangan. Kalau kata lagu Maher Zain *Barakhallahu lakum* :) - Ini sebenarnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah untuk diucapkan oleh tetamu kepada pengantin.

Cuti semester saya hampir berakhir, hmmm~ Lepas ne masuk kampus dan struggle sebagai seorang pelajar. Insha Allah.

Dan malam tadi juga saya membuat satu keputusan, saya telah cerai talak 1 dengan En.Facebook. Memang agak sedih, tapi inilah keputusan terbaik yang harus saya lakukan.

Setelah hampir 3 tahun saya berkenalan dengan En.Facebook, pelbagai peristiwa suka duka yang saya alami. Jatuh bangun, sepak terjang semuanya saya rasakan. Namun, bak kata orang ne, bila dah tak cocok, maka tak dapat lagi dah nak diteruskan.

Saya kecewa dengan sikap En.Facebook sejak akhir-akhir ini. Namun *tadi petang* saya disedarkan bahawa setiap suatu masalah yang kita hadapi sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri... Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak menyalahkan En.Facebook dalam hal ini, tetapi menyalahkan diri sendiri. Alasannya? biarlah saya simpan sendiri, ini rahsia pribadi.

Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En.Facebook. Selama kita bersama mungkin ada kenangan manis yang pernah kita lalui bersama. Tapi, ketahuilah En.Facebook, tempat anda telah digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga. Saya ingin mencontohi cara bersilaturahim yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, saya tidak mahu hanya melihat di screen komputer. Saya juga ingin meluahkan perasaan sayang, cinta, kritikan, saranan, motivasi dan *benci* langsung kepada orang-orang disekitar saya tanpa menjadikan KAMU sebagai perantara.

En.Facebook, katakan kepada bapak kamu itu *En. Mark Zulkerburg* bahawa beliau telah berjaya membuatkan sebagian manusia melupakan Tuhannya dan bertuhankan beliau. Naudzubillah! *macam firaun pulak*

Okeylah, kalau kita berjumpa lagi, tegur-tegur lah saya, saya mungkin akan melupakan kamu tetapi jasa baik kamu memperkenalkan saya kepada *dakwah, jihad* tidak akan saya lupakan. Sekian dari saya.

-Isteri kamu yang menceraikan diri sendiri kerana bertemu cinta sejati-

Inilah wajah En.Facebook, barangsiapa berjumpa dengannya maka berhati-hatilah kerana mukanya yang *bermuka-muka* membuatkan anda mudah terpikat dengannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Populer